Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Masak Nasi Tomato Yang Simple Tapi Sedap Dan Wangi. Confirm terangkat!

0 52,107

Bila hujung minggu, selalu kekeringan idea nak masak apa untuk makan tengah hari, kan?  Haa, waktu ni lah kita nak tunjukkan skill masak sedap-sedap dan luar biasa kepada Encik Suami.

Antara makanan yang kita boleh buat adalah Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah. Confirm bukan suami je, tapi anak-anak pun akan bertambah nasi! Saya kongsikan resepi mudah Puan Hidayati Hana

Lain orang lain caranya. Memang ada pelbagai cara nak buat Nasi Tomato ni. Yang pasti, masing-masing mempunyai rasa yang tersendiri. Dekat bawah ni, saya share resepi yang dikongsikan oleh Puan Hidayati Hana.

RESEPI NASI TOMATO

Bahan-bahan yang digunakan untuk Masak Nasi Tomato adalah :

  • 3 cawan beras Basmathi  (terpulang kepada beras apa yang kita ada)
  • Air secukupnya –  anggaran air (1 cawan beras Basmathi = 1.5 cawan air)
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 helai daun pandan (simpul)
  • 3 sudu besar tomato puri
  • 3 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga)
  • Sedikit minyak/marjerin
  • 4 biji bawang merah (mayang)
  • 3 ulas bawang putih (mayang)
  • 1 inci halia
  • 1 kiub pati ayam
  • Garam dan gula secukup rasa

 

Cara penyediaan Nasi Tomato :

▶ Rendam beras selama 30 minit, kemudian basuh dan toskan sekejap

▶ Seterusnya, panaskan minyak, tumis bawang dan halia

▶ Masukkan 3 sekawan dan daun pandan

▶ Bila daun pandan dah layu masukkan tomato puri

▶ Kemudian masukkan beras yang kita dah tos tadi

▶ Masukkan susu cair, air secukupnya, kuib pati ayam dan juga garam

▶ Dah agak menggelegak, transferkan ke dalam periuk nasi (rice cooker)

▶ Biarkan nasi masak seperti biasa

▶ Agak sudah kering, kacau sebentar menggunakan garfu

▶ Akhir sekali, taburkan kismis dan bawang goreng

Gaul biar sekata dan sedia untuk dihidangkan.

Nasi Tomato dah siap, jom kita teruskan dengan lauknya pula. Ayam Masak Merah ni, dah siap memang akan sedap baunya satu rumah.

BACA JUGA: Cara Buat Nasi Minyak Hujan Panas

RESEPI AYAM MASAK MERAH

  • ½ Ekor ayam
  • 2 cawan cili kisar
  • 2 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • 3 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelage)
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Air anggaran dalam 1 cawan untuk kuah
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji bawang besar  (dihiris bulat sebagai hiasan)
  • Daun bawang
  • Kacang Peas dalam tin (optional)

 

Cara penyediaan Ayam Masak Merah Simple!

▶ Goreng ayam dengan garam dan kunyit. Pot0ng saiz ayam ikut saiz yang kita mahukan.

▶ Kisar bawang merah, bawang putih dan halia.

▶ Seterusnya, panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik minyak dan wangi.

▶ Masukkan 3 sekawan serta cili kisar ke dalam kuali

▶ Tumis sehingga cili kering tadi masak dan sedikit garing

▶ Bila dah kering, masukkan sos cili dan juga sos tiram

▶ Kemudian, masukkan air. Garam dan gula secukup rasa

▶ Kuah dah agak mendidih, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sehingga ayam sekata dengan kuahnya.

▶ Kemudian maskkan bawang besar untuk hiasan dan kacang peas jika suka

▶ Hiaskan dengan bawang goreng dan daun bawang.

Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah sedia untuk dihidang. Tapi alangkah sedapnya dapat makan bersama acar timun. Jom, saya kongsikan acar nenas dan timun bersunquick!. Confirm terangkat.

 

RESEPI ACAR NENAS DAN TIMUN BERSUNQUICK

  • 1/2 biji nenas
  • 1 batang timun
  • 2 biji cili merah
  • 2 sudu besar oren sunquick
  • Garam dan gula

 

Cara Penyediaan Acar :

▶ Pot0ng nenas dan timun ikut keselesaan dan kesesuaian acar.

▶ Hiris cili

▶ Masukkan bahan-bahan dalam satu bekas

▶ Gaulkan nenas, timun dan cili tadi bersama perisa oren sunquick

▶ Akhir sekali tabur sedikit garam dan gula sebagai perasa.

Waaah! Nampak sedap nasi tomato ni dan macam mudah je nak follow. Kepada yang nak cuba buat jangan lupa share dulu di Facebook ye.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda.

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open