Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Cendol Homemade Yang Mudah Dan Sedap. Sekali Buat Boleh Habis Terus. Anak-Anak Pun Suka!

0 368

Siapa dah rindu nak makan cendol kat luar? Jom kita buat cendol homemade. Boleh makan ramai-ramai dengan ahli keluarga. Sambil borak-borak petang. Cuma perlu ikuti resepinya disini.

Tak susah pun nak buat cendol ni. Bahan-bahan yang digunakan cuma perlukan 6 bahan sahaja. Bahan wajib adalah cendol. Dan anda cuma perlu beli cendol segera sahaja. Kat Tesco pun ada jual.

Kalau nak sedapkan cendol ni ada tipsnya. Anda kena gunakan santan kelapa parut. Kisar halus dan tapis. Kemudian ambil santannya. Kalau guna tips ni, confirm cendol anda semua jadi lebih padu rasanya!

Tapi nak pakai santan kotak pun boleh je. Itu sekadar tips untuk bantu anda semua. Anda juga boleh pelbagaikan isi cendol ikut kesukaan masing-masing. Apa kata kita ikuti perkongsian resepi dari Cik Puan Shida Ambok ini. Tentu ramai tak sabar!

Memandangkan sekarang musim buah, nak masuk isi durian pun boleh. Dapatlah legakan tekak dengan cendol durian. Confirm sedap sangat hasilnya! Selain durian, anda juga boleh tambah bahan lain seperti kacang merah dan juga jagung tin.

 

RESEPI CENDOL HOMEMADE

Wah! Macam-macam jenis cendol boleh dapat dengan resepi ini. Kalau ikut sebiji resepi ni, hasilnya dapat cendol biasa je. Bolehlah add on bahan ikut citarasa masing-masing. Apa kata kita lihat bahan-bahannya terlebih dahulu.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 5 kg Cendol segera
  • 1tin susu sejat
  • 1tin santan pekat
  • Secubit garam
  • Gula melaka /Gula merah
  • Ais

CARA PENYEDIAAN CENDOL :

▶️ Ambil 1 tin susu sejat campur dengan santan pekat tadi anggaran 1 tin ialah 1:1.

▶️ Kacau dan campurkan secubit garam untuk naikkan rasa.

▶️ Cairkan gula melaka/ gula merah di atas api dengan sedikit air. Setelah larut tutup api dan tapis.

▶️ Untuk penyediaan pula, isikan cendol dalam mangkuk, gula melaka dan diikuti dengan santan mengikut selera. Lebih sedap ditambah ais. Siap!

 

BACA JUGA: Masak Tomyam Merah Tanpa Paste. Resepi Simple Dan Rasa Sama Macam Pakai Paste!

 

Senang je rupanya. Dah siap cendol biasa! Makan petang-petang dengan keluarga seronok sangatkan. Sekarang pula musim panas, sesuai sangat nak sejukkan tekak dengan cendol ni.

Lepas ni nak makan cendol buat je sendiri. Lebih jimat dan nak buat banyak mana pun boleh. Kalau tak habis boleh simpan dalam peti. Kalau nak masukkan dalam bekas plastik ais krim Malaysian pun boleh. Dapatlah buat ais krim cendol untuk anak-anak.

Musim PKP ni, ramai yang dah bosan. Nak keluar pun bahaya. Kekadang masak pun malas. Tapi kalau dapat resepi mudah macam resepi cendol homemade ni siapa tak nak buat kan. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open