Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resipi Fettuccine Creamy Buttermilk Chicken Yang Super Yummy. Confirm Licin Pinggan Dibuatnya!
Fettuccine creamy buttermilk chicken adalah masakan ala barat yang dikenali sebagai western food. Resepi ini lebih kurang sama cara memasaknya dengan buttermilk chicken spaghetti, cuma resepi ini menggunakan fettuccine sebagai pasta. Masakan seperti ini semakin popular terutama di kafe -kafe hipster.
Para penggemar ayam masak butter pasti sukakan resepi ini. Begitu juga pada penggemar spaghetti. Resepi kali ini adalah kombinasi antara fettuccine dengan ayam masak butter yang berkrim. Tentunya dapat memikat hati penggemar masakan ala barat.
Elemen krim dalam resepi ayam butter ini pula datang dari susu sejat, yang boleh kita dapati di mana-mana kedai runcit. Boleh juga menggunakan mana-mana susu yang sedia ada di dapur anda, tapi kalau anda mahu pilihan yang lebih sihat, cubalah susu kurang lemak.
Resepi fettuccine creamy buttermilk chicken ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Iza Abu Bakar. Terima kasih puan kerana selalu berkongsi resepi-resepi baru untuk para pengguna facebook.
Resepi sebegini kebiasaanya digemari anak-anak. Resepi fettuccine creamy buttermilk chicken nampak simple penyediaannya tapi confirm sedap dan mengenyangkan. Sekali-sekala makan makanan ala-ala barat apa salahnya kan.
RESEPI FETTUCCINE CREAMY BUTTERMILK CHICKEN
Kepada yang baru nak mencuba resepi ini, jangan risau di bawah ini ada cara dan langkah-langkah memasaknya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Fettuccine – (direbus hingga lembut)
- Isi ayam – (dipotong kecil kecil)
- Tepung bistari – (untuk salutkan isi ayam)
- 6 ulas bawang putih – (dicincang halus)
- 1 labu bawang besar – (dipotong dadu)
- 2 @ 3 tangkai daun kari
- 10 biji cili padi – (dihiris nipis)
- 1 kotak kecil susu farm fresh – (kalau guna susu cair pun boleh)
- Sedikit butter/marjerin
- Garam secukup rasa
- Sedikit salted egg – (sebagai penambah rasa)
CARA PENYEDIAAN FETTUCCINE CREAMY BUTTERMILK CHICKEN :
▶️ Salutkan ayam dengan tepung bistari dan goreng hingga agak garing dan toskan.
▶️ Rebuskan fettucini hingga lembut dan toskan.
▶️ Sementara itu, cairkan butter di dalam kuali dan tumiskan bawang putih, daun kari dan hirisan cili padi tadi sehingga naik bau.
▶️ Masukkan susu dan garam, kacau rata. Biarkan sebentar.
▶️ Masukkan isi ayam yang digoreng tadi dan kacau sebati. Jika kuah agak pekat, tambahkan lagi sedikit air.
▶️ Masukkan sedikit serbuk salted egg. Tutup api dan siap!
▶️ Boleh la dihidangkan bersama fettucini yang telah direbus tadi.
BACA JUGA: Resepi Ayam Kicap Bersos Yang Simple Dan Sedap. Memang Marvelous!
Yummy! berkrim gitu. Boleh licin pinggan macam ni. Sangat mudah cara memasaknya. Ramai tak tahu yang hidangan ini cukup senang untuk dimasak di rumah. Tak percaya? Resepi ayam butter ni boleh disiapkan dalam masa 20 minit je.
Nampak menarik resepi ni kan. Boleh dikatakan salah satu resepi yang baru dikongsikan. Dijadikan menu baru dalam jualan makanan ala-ala western pun mesti boleh laku keras.
Yang gemar makan speghatti boleh cuba resepi ni. Pasti nak lagi! Semoga resepi fettuccine creamy buttermilk chicken ini dapat memikat hati anda semua. Kena cuba baru tahu kan! Selamat menjamu selera!