Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Pencuci Mulut Yang Simple Dan Sedap “Puding Kastard Mangga Dan Nata De Coco”. Mudah Je Buatnya, Anda Wajib Cuba!

0 2,682

Bila musim panas macam ni, makanan yang biasa dicari adalah makanan sejuk. Nah, ini dia resepi puding kastard mangga dan nata de coco. Dengan gabungan puding kastard, mangga dan nata de coco terhasillah satu pencuci mulut yang sangat sedap.

Pencuci mulut ini menggunakan buah mangga kuning yang segar. Disebabkan sekarang ni musim buah mangga, pasti ramai yang membelinya untuk dimakan begitu saja atau dijadikan jus.

Harga mangga ni pun dah turun. Bila ke pasar malam bersepah je orang jual mangga dengan harga RM 10 sekilo. Boleh la beli banyak-banyak dan dibuat pelbagai hidangan. Mangga ni kalau buat jus campur susu full cream pun sedap sangat tau.

Nak buat pulut mangga pun boleh tahan sedap juga. Resepi puding kastard mangga dan nata de coco ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Umi Watie. Pasti ramai yang tak sabar mencubanyakan.

Tengok pada gambar yang dikongsikan rasa fresh je puding ni. Mungkin mangga yang digunakan juga mangga yang masih baik. Yang paling penting dalam hidangan ini adalah bagaimana cara penyediaan puding kastard tu.

 

RESEPI PUDING KASTARD MANGGA DAN NATA DE COCO

Puding ini memang sangat sedap dimakan sejuk-sejuk. Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dan bagaiman cara penyediaannya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 4 cwn air*
  • 3/4 cwn susu pekat*
  • 1 tin susu cair*
  • 1 sdk asen vanila*
  • 2 sdb tepung kastard*
  • 10g serbuk agar-agar
  • Mangga (dipotong dadu)
  • Nata de coco

CARA PENYEDIAAN PUDING KASTARD MANGGA DAN NATA DE COCO :

▶️ Dalam periuk, satukan semua bahanyang bertanda *. Kacau rata biar semua bahan sebati.

▶️ Hidupkan api dapur, masak sampai naik wap. Masukkan serbuk agar-agar.

▶️ Biarkan dalam 5 minit, kacau selalu biar serbuk agar-agar tu hancur. Kemudian, matikan api.

▶️ Masukkan dalam bekas kegemaran. Guna bekas saiz 8 inci pun dah ok. Sedang-sedang je saiznya.

▶️ Bila agar-agar dah agak keras, masukkan buah dan nata de coco. Air nata de coco tu pun masukkan, barulah sedap masa makan nanti.

 

BACA JUGA: Resepi Ayam Buttermilk Yang Mudah Dan Lazat. Hingga Menjilat Jari Dibuatnya!

 

Tada! Kalau nak jual pun ok sangat dah ni. Variasikan dengan buah bewarna warni. Mesti ramai yang teruja. Anda nak guna selain buah mangga pun boleh. Tapi kalau buah mangga banyak dalam peti tu boleh cuba resepi ni.

Kalau rajin, boleh masukkan dalam bekas kecil yang comel. Dan hidang seorang dapat sebekas. Ala-ala desert kat cafe terkenallah katakan. Kalau nak hidang kat meja pengantin pun cun.

Manalah tau ada majlis kenduri kawin. Boleh cuba resepi ni dan masukkan dalam bekas kecil untuk dihidang pada tetamu yang datang. Semoga resepi puding kastard mangga dan nata de coco ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open