Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Mudah Buat Kek English Madeleines Yang Lembut Dan Sedap. Macam Span Je Teksturnya. Anak-Anak Pun Suka!
Ada yang pernah makan kek English Madeleines? Kek ni mungkin korang pernah buat masa kat sekolah dulu dalam subjek home science atau sains rumah tangga. Cantik je rupa bentuk kek ni. Dibakar menggunakan acuan seperti cawan dan di salut jem kelilingnya, barulah digulung dengan kelapa parut.
Jem yang di sapu pada kek ni boleh menggunakan apa saja jenis jem kesukaan korang. Begitu juga dengan hiasan diatasnya. Kek ni sangat sesuai dihidangkan untuk majlis hari lahir, meraikan tetamu & untuk minum petang. Bentuknya unik, menarik dan teksturnya pula seperti span. Lembut dan memang sedap!
Cara penyediaan kek ni juga sangatlah mudah. Dan tak memerlukan bahan memasak yang banyak. Semua bahan kecuali jem dan hiasan perlu di satukan dan di pukul hingga kembang untuk mendapatkan tekstur yang lembut pada kek. Bila dah kembang adunan, barulah masukkan dalam acuan.
Untuk resepi kek English Madeleines yang dikongsikan oleh Cik Puan Rohana Jaafar ni kita akan menggunakan sapuan jem strawberry dan hiasan buah ceri diatasnya. Kek ini juga telah menjadi perhatian ramai di Facebook. Sehinggakan viral 2.5k. Mesti korang terfikir nak try juga kan?
Cantik sangat bila di hias di atas pinggan. Anak-anak sure akan tertarik nak makan. Kalau korang tak suka dengan jem strawberry, korang boleh gantikkan dengan jem lain contoh jem nenas, jem apple dan macam-macam lagi. Tak semestinya kena menggunakan jem strawberry ye.
RESEPI KEK ENGLISH MADELEINES
Sekali pandang pun dah rasa nak makan kek ni. Jarang jumpa kek yang digulung dengan kelapa parut. Biasanya hanya kuih-kuih tradisional je. Memang unik resepi ni. So, tak nak buang masa lagi. Apa kata kita lihat bahan-bahan yang perlukan. Dan share siap-siap resepi ni kalau korang nak cuba nanti.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 100 g butter
- 100 g gula castor
- 100 g tepung naik sendiri (Tambah sedikit serbuk penaik untuk bagi tekstur lagi spongy)
- 2 biji telur gred A
- Esen vanila
- Jem strawberry
- Kelapa parut
- Ceri
CARA PENYEDIAAN KEK ENGLISH MADELEINES :
▶️ Pukul gula & butter hingga kembang.
▶️ Masukkan pula telur, esen & tepung yang diayak terlebih dahulu.
▶️ Masukkan adunan dalam acuan dan bakar pada suyu 180C selama 20 minit atau ikut oven masing-masing.
▶️ Selepas baked, sapu jem strawberry. Nak guna jem lain pun boleh.
▶️ Golek atas kelapa parut. Letak ceri atasnya. Siap!
BACA JUGA : Resepi Stim Tomyam Ikan Kembung Yang Mudah Dan Sedap. Confirm Bertambah-Tambah Nasi Dibuatnya!
Siap untuk dihidang! Cantikkan. Nampak macam cup cake tapi bukan. Acuan tu korang boleh beli kat Shopee kalau tak jumpa kat tempat korang. Korang kena ingat, nak keluarkan kek dari acuan, kena pastikan kek betul-betul masak. Takut tak cantik pula bila keluarkan kek dari acuan nanti.
Raya haji ni mesti ramai yang buat majlis aqiqah anak-anak kan. Apa lagi, masukkanlah kek ni dałam list menu hidangan tetamu korang. Mesti ramai yang suka. Tak pernah lagi saya jumpa orang buat kek ni kat majlis-majlis aqiqah. Tapi, tak salah juga kalau kita buat kan.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Rohana Jaafar kerana sudi berkongsi resepi kek English Madeleines ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Esok hujung minggu, nak try buat esok untuk minim petang pun syok juga kan. Selamat mencuba!