Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Aiskrim Viral Ala Magnum Yang Gebu Dan Sedap. Macam Rasa Aiskrim Kedai. Serious Sedap!
Sedapnya kalau dapat makan aiskrim Magnum hari-hari. Tapi, berangan je lah kan. Harga aiskrim Magnum tu bukannya murah, boleh kopak kalau hari-hari nak beli. Baik buat sendiri kat rumah. Korang follow je resepi aiskrim viral ala Magnum kat sini.
Sebenarnya aiskrim ni mudah sangat nak buat. Cuma perlu masukkan adunan aiskrim ke dalam plastik aiskrim 1 Malaysia je. Kalau nak tahu macam mana cara nak buat coklat kat bahagian luarnya tu, korang kena follow resepi ni sampai habis.
Kalau tak reti nak ikat aiskrim 1 Malaysia tu, korang boleh guna bekas plastik yang jenis zipper tu. Banyak jual kat shopee. Harganya pun murah. Mudah korang nak tutup aiskrim yang dah masukkan dalam plastik. Guna zip je, tak perlu nak ikat-ikat bagai.
Resepi aiskrim viral ala Magnum ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook laity Cik Puan Raja Amanina. Resepi ni dah viral 8.8k tau! Ramai giler yang suka. Mesti korang tak sabar nak cuba kat rumah kan. Simple, mudah dah sedap. Tak cukup sebijik dibuatnya.
Sekarang ada macam-macam resepi aiskrim korang boleh cuba! Yang suka aiskrim Magnum wajib cuba resepi ni kat rumah. Cuma perlu bland bahan aiskrim dan masuk je dalam plastik ais. Jimat weh dari asyik beli aiskrim Magnum kat luar tu. Yang ni pun dah rasa macam aiskrim kedai.
RESEPI AISKRIM ALA MAGNUM
Resepi ni menggunakan whipping krim aiskrim. Hasilnya lagi gebu dań lagi putih. Tapi nak guna susu cair atau susu fullcream pun boleh je. Apa apa brand pun tak kisah. Jom kita lihat 5 bahan yang di perlukan di bawah ni.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan adunan aiskrim:
- 2 cawan whipping krim (dairy)
- 1/2cawan susu pekat
- 1sudu kecil ovellate
- Sedikit esen vanila
Bahan coklat :
- 350gm coklat masakanatau dark chocolate
CARA PENYEDIAAN AISKRIM ALA MAGNUM :
▶️ Campurkan kesemua bahan adunan aiskrim dan mixatau blender hingga adunan kembang gebu 2 kali ganda.
▶️ Double boilkan pula coklat masakan atau dark coklat hingga cair.
▶️ Bila dah suam masukkan ke dalam piping bag dan picit ke dalam plastik aiskrim dan ratakan.
▶️ Agak-agak je tak nipis sangat dan tak tebal sangat.
▶️ Tuang adunan aiskrim dan bekukan 5-6 jam atau semalaman.
▶️ Siap untuk dimakan!
BACA JUGA : Cara Mudah Buat Sup Kaki Ayam Ala Thai Yang Paling Sedap. Confirm Bertambah-Tambah Dibuatnya!
Salutan coklat tu tak perlu mengeras kalau dah mengeras dia tak bersalut dengan ais krim. Nak lagi senang buat pendek-pendek je. Boleh potong sikit plastik ais tu kalau nak lebih mudah korang buat aiskrim ni. Adunan aiskrim dan coklat tu tak bercampur eh jangan risau.
Kalau guna resepi yang ni adunan aiskrim tu likat boleh tuang macam biasa je. Coklat tu pekat bila ratakan dalam plastik, coklat akan lekat kat keliling plastik jadi bahagian tengah-tengah tu automatik kosong sebab tu boleh tuang aiskrim bahagian tengah.
Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Cik Puan Raja Amanina kerana sudi berkongsi resepi aiskrim viral ala Magnum ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Mesti anak-anak suka kalau ada stock aiskrim ni kat rumah. Tak gaduh bila dengar bunyi motor aiskrim Mat Cool lagi. Selamat mencuba!