Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kuih Pukis Yang Lembut Dan Pelbagai Perisa. Confirm Nak Lagi Dibuatnya. Anak-Anak Pun Suka!

0 1,977

Ada yang pernah makan kuih pukis tak? Mesti korang pernah beli kat pasar malam kan. Orang sekarang buat kuih ni dah dengan pelbagai perisa. Cuba korang follow resepi kuih pukis ni kat sini. Bolehlah buat di rumah dan makan panas-panas nanti.

Rasa pelik je nama kuih ni. Nampak macam mencarut pun ada. Tapi yang penting kuih ni memang sedap. Lagi-lagi kalau di taburkan coklat rice diatasnya. Anak-anak pun tak henti-henti makan. Boleh dijadikan sarapan pagi dan minum petang sekeluarga.

Kuih ni di masak dengan cara bakar menggunakan acuannya. Teksturnya lembut dan bentuknya separuh bulat. Boleh di pelbagaikan rasa dan warnanya. Contoh rasa pandan dan di tambah sedikit dengan pewarna. Semua terpulang ikut cara masing-masing.

Resepi ni telah di kongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Lydia Na Kitchen. First time saya nampak kuih ni terus terasa nak share kat korang. Bolehlah korang buat bila-bila masa free di rumah. Mudah dan simple je cara penyediaannya. Adunan di buat ala-ala waffle gitu.

Sesetengah orang mengenali kuih ni dengan panggilan kuih apam. Kuih zaman-zaman dulu yang di bakar di atas arang menggunakan acuan bahulu. Kalau ada yang nak tahu beli acuan kat mana, korang boleh beli kat Shopee. Macam-macam jenis korang boleh jumpa.

 

RESEPI KUIH PUKIS

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan di bawah ni. Adunan ni dapat dalam 50 bji++. Kalau nak buat sedikit boleh bagikan kepada 2 bahan-bahan ni.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 1/2cwn santan kotak
  • 1 1/2cwn air
  • 1 1/2cwn gula
  • 3 biji telur
  • 4 cwn tepung gandum
  • 1/2sudu teh baking powder
  • 1 1/2sudu teh yis
  • 2 sudu mkn majerin cair
  • 1/2sudu teh garam halus

CARA PENYEDIAAN KUIH PUKIS :

▶️ Satukan yis dengan air suam 1/2 cwn dan kacau-kacau bagi yis larut. Kemudian, biarkan.

▶️ Masukkkan santan,air, gula, garam ke dalam periuk masak atas api hingga panas.

▶️ Kacau hingga gula larut, jangansampai mendidih ye. Agak-agak dah panas je tutup api. Biarkan suam-suam baru masukkkan telur dan kacau sebati.

▶️ Kemudian, masukkkan tepung gandum+baking powder. Kacau lagi sampai takde ketulan-ketulan tepung.

▶️ Dah sebati masukkkan yis tadi. Diikuti dengan majerin cair. Kacau lagi dan tutup dalam 30 minit.

▶️ Nak perasa pandan boleh letak paste Pandan coconut dan pewarna hijau.

▶️ Panaskan acuan sapu majerin baru tuang adunan tadi. Dan taburkan coklat rice. Terpulang nak letak topping apa-apa boleh, tak kisah.

▶️ Tutup dan bakar dengan api kecil dalam 5-6 minit.

▶️  Siap untuk di hidang!

 

BACA JUGA : Resepi Aiskrim Viral Ala Magnum Yang Gebu Dan Sedap. Macam Rasa Aiskrim Kedai. Serious Sedap!

 

Wah! Korang rasa susah ke senang. Senang je kan! Nak bakar dalam satu acuan tu pun tak lama. Dalam 5-6 minit je kuih dah siap di masak. Ada juga yang buat kuih ni untuk hidangan tetamu di majlis-majlis kenduri, aqiqah dan open house. Mesti laju je habis nanti.

Rupanya Cik Puan Lydia Na Kitchen ni memang gemar berkongsi macam-macam resepi kuih muih dan kek di wall Facebooknya. InsyaAllah kalau ada kesempatan lain, kita akan cuba resepi lain pula. Semua nampak menarik dan sedap-sedap belaka. 

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi kuih pukis ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Jangan lupa like dan share resepi ni kat saudara mara dan keluarga. Boleh mereka cuba sekali. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open