Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Aiskrim Soda Sakura Yang Masam Manis. Rasa Macam Jeruk Laici Bila Makan Nanti!

0 76

Nah, resepi aiskrim soda sakura untuk anak-anak kat rumah. Boleh buat legakan tekak waktu panas-panas terik. Rasa masam manis macam jeruk bila makan nanti. Korang mesti teruja tengok proses buat aiskrim ni. Jom try buat kat rumah.

Kombinasi air laici dan air aiskrim soda memang terbaik! Rasa macam jeruk laici bila aiskrim sedia dimakan. Masam-masam manis. Dalam resepi ni, kita akan guna buah laici brand Yusuf Taiyoob. Rasa dia boleh tahan sedap ye. Berbaloi beli kat Shopee.

Penggunaan buah laici ni tergantung ikut citarasa masing-masing. Kalau nak guna brand yang sama Yusuf Taiyoob, boleh je. Tapi harga dia sedikit mahal dibandingkan dengan harga buah laici tin yang biasa kita beli kat kedai atau pasaraya tu.

Resepi aiskrim soda sakura ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Novelis Affieyza Isahak. Korang yang tak pernah buat, try la follow resepi ni. Anggaran untuk 1 tin laici. Gandakan jika nak buat lebih.

Menurut Cik Fieyza, beliau tertengok satu perkongsian video di TikTok oleh Khuzy. Nampak cantik je aiskrim ni bila masuk dalam plastik. Macam ikan kecil-kecil dalam akuarium. Rupanya cebisan buah laici yang diwarnakan. Memang teruja sangat!

RESEPI AISKRIM SODA SAKURA 

Tak nak buang masa lagi. Korang kena try buat aiskrim soda sakura ni kat rumah. Ni bukan proses nak main warna. Tapi kita nak dapatkan aiskrim soda sakura yang cantik dan sedap. Jom tengok bahan-bahan dan step penyediaannya di bawah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
  • 1 tin laici dalam tin
  • 1 botol air aiskrim soda
  • Air gula (tambah ikut kemanisan tekak sebab bila air dah beku, rasa manis akan kurang)
  • 1 sudu tepung jagung (larutkan dengan air)
  • Plastik aiskrim
  • Pewarna pilihan

CARA PENYEDIAAN AISKRIM SODA SAKURA :

▶️ Campurkan air laici dan gula serta bancuhan tepung jagung. Masak sehingga gula larut.

▶️ Tambah ke dalam air aiskrim soda, kacau sebati.

▶️ Carikkan buah laici kemudian bahagi kepada beberapa bahagian dan letak pewarna yang disukai.

▶️ Biar sekejap, kemudian bilas dan sejatkan air.

▶️ Masukkan buah laici pelbagai warna dan air campuran tadi ke dalam plastik.

▶️ Ikat kemas dan boleh masukkan dalam peti ais sampai keras.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Air Asam Lemak Dengan Terung Bakar. Memang Kecur Liur Dibuatnya!

 

Menarik kan hasil aiskrim ni. Cantik je buah laici yang dah siap warna tu. Sebijik nampak macam ikan dalam akuarium. Anak-anak mesti suka aiskrim ni. Tak muak makan pulak tu. Dari anak-anak sampai ke mak ayah confirm layan aiskrim ni.

Betul-betul boleh legakan tekak. Tekak rasa fresh! Mesti korang rasa nak jual je aiskrim ni dalam taman rumah korang kan. Cara nak buat pun tak susah mana. Follow je step by step dia kat sini, confirm menjadi punya la.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Novelis Affieyza Isahak kerana sudi berkongsi resepi aiskrim soda sakura ini di Facebook. Warna warni ye. Lawa! Semoga resepi ni bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open