Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Masak Telur Gulung Biasa Dan Telur Gulung Berlauk. Resepi Simple Tapi Sedap Sangat!
Bosan juga kan asyik makan telur dadar biasa je. Baik try resepi telur gulung biasa dan telur gulung berlauk ni. Resepi ni simple dan mudah sangat nak buat. Janji korang rajin sikit nak sediakan bahan-bahan dalam telur tu. Nak letak apa-apa je jenis lauk pun boleh.
Korang yang suka makan telur dadar, kena ubah sikit style masak telur dadar korang tu. Buat jenis berlauk macam ni mesti korang suka. Sesuai dijadikan hidangan sarapan pagi dan cicah dengan sos. Ada juga yang makan telur ni dengan nasi. Sedap sangat!
Semua bahan yang korang tabur atas telur mestilah di cincang halus. Supaya senang nak gulung telur nanti. Kalau cincang besar, tak tahu apa yang jadi dengan telur gulung korang tu. Anak-anak mesti suka makan telur gulung ni. Boleh bertambah-tambah di buatnya!
Resepi telur gulung ni telah di kongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan ALeya Seolihah. Beliau memang gemar berkongsi resepi di media sosial tak kira di Facebook atau instagram. Katanya, mungkin semua resepi tu berguna untuk ramai orang dan boleh dijadikan rujukan anak-anaknya satu hari nanti.
Resepi telur gulung perkongsian beliau ini juga mempunyai 3 jenis cara iaitu telur gulung biasa, telur gulung berlauk udang dan telur gulung berlauk isi ayam. Tinggal pilih je nak yang mana satu. Korang nak letak isi ikan atau daging pun boleh. Terpulang ikut citarasa masing-masing.
RESEPI TELUR GULUNG BIASA DAN TELUR GULUNG BERLAUK
So, tanpa buang masa lagi. Apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan. Kuantiti bahan-bahan terpulang pada citarasa dan selera masing-masing. Nak letak lebih boleh, nak letak kurang pun boleh. Jom masak!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Telur
- Daun bawang (dipotong halus)
- Lobak merah (dipotong halus)
- Bawang Holand (dipotong halus)
- Cili merah besar (dipotong dan dicincang halus)
- Isi ayam (direbus dan dicincang halus)
- Udang (direbus dan dicincang)
- Perasa ikut selera masing-masing (Contohnya garam, ajinomoto, kiub ayam, serbuk cukup rasa dan lain-lain)
CARA PENYEDIAAN TELUR GULUNG BIASA DAN TELUR GULUNG BERLAUK :
▶️ Campurkan telur dengan bawang, cili, lobak merah, daun bawang dan perasa secukup rasa.
▶️ Kacau sebati. Kalau rajin nak pukul telur bagi gebu sikit pun boleh.
▶️ Panaskan kuali non-stick, sapu sedikit minyak atau mentega atau buttercup.
▶️ Masukkan lebih kurang 2 senduk adunan. Masak hingga bahagian atas hampir masak.
▶️ Gulung sampai habis. Kemudian tolak gulungan telur ke tepi kuali.
▶️ Sapu minyak sikit pada kuali, kemudian tambah lagi 2 senduk adunan. Tunggu hingga telur hampir masak, gulung sekali lagi.
▶️ Ini rupa telur yang sudah digulung. Biarkan seketika, terbalikkan telur, hingga telur betul-betul masak. Kalau kuali ada penutup, boleh tutup sekejap untuk bagi telur cepat masak. Dah siap. Boleh angkat untuk dihidang!
▶️ Ini pula untuk telur gulung berlauk udang. Guna cara yang sama seperti masak telur gulung biasa cuma taburkan udang atas telur sebelum digulung.
▶️ Yang ni telur gulung berlauk ayam, tabur isi ayam atas telur, baru gulung seperti biasa.
▶️ Siap untuk semua jenis telur gulung!
BACA JUGA : Resepi Cucur Manis Versi Stick. Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam. Memang Sedap!
Telur gulung dah siap! Makan macam tu dengan sos pun dah sedap. Sesuai juga jadi hidangan makan malam keluarga. Kalau nak hidang dengan sayur brokoli. Korang rebus je sayur tu nanti. Bolehlah makan sekali dengan telur. Hidangan orang diet lah katakan.
Telur ni kalau di perlbagaikan, macam-macam hidangan kita boleh buat. Kalau yang nak jimat, korang boleh masak telur macam ni je. Campur dengan lauk makan semalam. Takde lah bazir. Mesti ramai antara kita yang simpan stock telur untuk hujung bulan kan. Makan macam ni sedap!
Ha! Save siap-siap resepi ni! Ribuan terima kasih juga di ucapkan kepada Cik Puan ALeya Seolihah kerana sudi berkongsi resepi telur gulung biasa dan telur gulung berlauk ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!