Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Macaron Inti Cheese Yang Sweet & Savory. Anda Wajib Cuba!

0 1,861

Macaron inti cheese merupakan salah satu resepi macaron yang digemari ramai. Ianya merupakan sejenis manisan berasaskan meringue yang diperbuat daripada serbuk badam, gula dan putih telur dan dibentuk menjadi shell. Resepi maracon ini berasal dari perancis. Ianya juga semakin popular dinegara kita.

Macaron terdiri daripada kepingan meringue seakan biskut yang diisi dengan pelbagai inti seperti krim mentega, cheese, nutella, dan juga jem. Macaron yang asli berwarna kuning kecoklatan atau krem. Namun, untuk menarik perhatian ramai, macaron telah dibuat beraneka warna.

Kebiasaan macaron akan dijual di kedai kek dan pastry. Rupa bentuknya yang amat comel mampu menarik perhatian kanak-kanak. Ianya juga akan dihidangkan di majlis hari jadi, majlis aqiqah dan juga majlis keramaian dan rasmi seperti majlis perkahwinan dan majlis perasmian.

Resepi macaron yang akan dikongsikan hari ini adalah hasil perkongsian seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Iedaa Jahaya. Resepi makaron yang akan dikongsikan hari ini ialah makaron red velvet yang berintikan cheese.

Yang gemar dengan cheese mesti suka sangat dengan makaron ini. Makaron juga sesuai dijadikan bekalan untuk berkelah bersama anak-anak dihujung minggu. Pasti anak-anak anda gembira berkelah dengan manisan makaron ini.

 

RESEPI MACARON INTI CHEESE

Bahan yang digunakan untuk membuat macaron ini sangat mudah tetapi cara dan teknik untuk membuatnya agak sukar. Ianya perlu dibuat dengan penuh teliti untuk mendapatkan macaron yang sempurna.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk biskut macaron :
  • 2 biji putih telur
  • 50g gula castor
  • 2 titis warna red velvet
  • 117g gula aising
  • 1/2 sdb serbuk koko
  • 70g serbuk badam

 

Bahan untuk inti :
  • 200g cream cheeese
  • 2 sdb susu pekat
  • 3/4 cawan whipping cream
  • 1/2 cawan gula aising

CARA PENYEDIAAN MACARON INTI CHEESE :
Cara penyediaan biskut macaron :

▶️ Mixkan 2 biji putih telur dan gula castrol hingga soft peak.

▶️ Kemudian, titiskan 2 kali warna red velvet. Mix hingga medium peak dan ketepikan dulu.

▶️ Campur dan ayak atau kisar halus gula aising, serbuk koko dan serbuk badam.

▶️ Masukkan sedikit demi sedikit kedalam adunan putih telur. Kaup balik hingga kelihatan licin dan sebati.

▶️ Isikan adunan kedalam piping beg. Dan paipkan adunan diatas mat atau acuan.

▶️ Hentakkan sedikit supaya tiada buih dibahagian atas. Keringkan dalam 30 minit.

▶️ Kemudian bakar menggunakan oven pada suhu 135C dalam masa 20minit.

Cara penyediaan inti cheese :

▶️ Mixkan semua bahan untuk buat inti sehingga sebati.

▶️ Masukkan adunan kedalam piping beg.

▶️ Kemudian, keluarkan biskut dari acuan.

▶️ Pipekan inti cheese pada biskut.

▶️ Sejukkan sekejap dan siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Masak Tempoyak Ikan Patin Versi Original Temerloh. Pasti Menjilat Jari!

 

Wah! Tak terkata comel dan cantik macaron red velvet ini. Dapat pula inti cream cheese. Memang terbaik! Lepas ni nak sambut hari jadi anak-anak tak perlu buat tempahan macaron lagi. Pasti anda boleh buat sendiri dirumah.

Untuk mendapatkan tekstur yang licin dan halus pada biskut, serbuk badan perlu ditapis dahulu sebelum digaul bersama adunan putih telur dan juga aising. Barulah teksturnya tidak kelihatan kasar.

Resepi pun dah ada, boleh pelbagaikan inti dan warna macaron. Dah pakar nanti boleh buat niaga pula. Semoga resepi macaron inti cheese ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open