Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Sotong Kukus Ala Thai Yang Simple. Rasanya Mampu Menjerat Selera Anda!
Resepi sotong kukus ala thai adalah hidangan yang popular di kedai makan atau restoran thai. Sotong yang dimasak tanpa minyak merupakan hidangan yang cukup sihat. Sos yang digunakan sebagai perasa sotong kukus ini juga, hanya perlu menggunakan bahan asas memasak sahaja.
Resepi ini cukup dengan rasa pedas, masam dan juga manis. Ianya mampu menarik selera makan seseorang. Perahan limau dan pedas cili yang digunakan dalam sos akan membuatkan anda semakin berselera. Hidangan ini amat sesuai dijadikan lauk makan malam.
Cara penyediaan sotong kukus ini juga sangatlah mudah dan cepat. Hidangan ini boleh diratah begitu saja dan juga sesuai dimakan bersama nasi putih. Penggemar seafood mesti sangat suka pada hidangan ini.
Kebiasaannya, masakan yang berkukus seperti ini akan menggunakan ikan contohnya ikan siakap stim. Tetapi resepi yang akan dikongsikan oleh Cik Puan Iza Abu Bakar kali ini adalah sotong kukus ala thai yang pasti buat anda semua terliur.
Cara penyediaan sos sotong kukus ini juga boleh digunakan untuk memasak ikan siakap stim. Cuma kali ini, kita akan menggunakan sos yang sama untuk dihidang bersama sotong kukus ala thai.
RESEPI SOTONG KUKUS ALA THAI
Mesti ramai yang nak tahu cara penyediaan sotong kukus ini kan? Sekali sekala tukar resepi sotong goreng tepung atau sambal sotong kepada sotong kukus pun seronok. Berapa minit je boleh siap. Jadi apa tunggu lagi jom follow cara penyediaannya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Sotong
Bahan-bahan untuk sos :
- 3 biji cili padi merah (dihiris nipis)
- 3 ulas bawang putih (dicincang)
- 3 biji limau nipis (diperah ambil jusnya)
- 2 sudu teh sos ikan
- 2 sudu teh gula perang
- Garam secukup rasa
- Daun ketumbar untuk hiasan
CARA PENYEDIAAN SOTONG KUKUS ALA THAI :
▶️ Sotong dicuci dan dikelar (jangan sampai putus pulak) dan ditoskan.
▶️ Panaskan periuk kukus dengan api yang paling besar, kemudian masukkan sotong dan kukus selama 10 minit.
▶️ Sementara tu, campurkan kesemua bahan sos dan kacau sebati.
▶️ Susunkan sotong yang dikukus tadi ke dalam pinggan. (Air sotong jangan masukkan sekali tau).
▶️ Siramkan sos tadi ke atas sotong.
▶️ Hiaskan dengan daun ketumbar. Ok, dah sedia untuk dimakan.
BACA JUGA: Cara Buat Macaron Inti Cheese Yang Sweet & Savory. Anda Wajib Cuba!
Siap untuk dihidang! Mudahkan. Musim-musim covid ni memang nak makan dekat luar pun agak membimbangkan. Jadi apa kata kita ambil peluang yang ada ini untuk asah skill memasak dirumah.
Lepas ni nak makan sotong kukus ala thai tak perlu lagi keluar untuk makan di kedai. Ikut saja cara dan langkah memasak yang diberikan, confirm menjadi! Bahan-bahan pun senang je nak cari.
Hidangan ini cukup simple tapi rasanya amatlah sedap. Boleh bertambah nasi dibuantnya. Semoga resepi sotong kukus ala thai ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Selamat mencuba!