Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Jajan Ala-Ala Twisties Untuk Anak-Anak. Buat Sendiri Stok Jajan Lagi Jimat!

0 603

Anak-anak memang suka makan jajan atau snek. Apa kata kita buat jajan ala-ala twisties ni kat rumah. Lebih jimat dari beli kat luar. Rasanya pun confirm sedap. Cuma guna 2 bahan je dah dapat jajan ala-ala twisties yang jual kat supermarket tu. Tak sedar habis sebalang dibuatnya.

Ikut resepi ni korang akan dapat dalam 3 bekas balang panjang. Jajan ni akan dibuat menggunakan laksa kering je dan di campur dengan serbuk cheese atau serbuk supering. Kalau nak rasa pedas, korang boleh campur pula dengan serbuk cili. Tapi, biasanya kalau nak bagi anak-anak makan, serbuk cili tu dah tak perlu.

Laksa kering tu korang akan goreng sampai kembang. Bila dah kembang, masukkan pula laksa yang digoreng tadi kedalam bekas, barulah ditaburkan serbuk cheese atau serbuk supering. Tutup botol barulah goncang sampai bersalut rata pada laksa goreng tadi.

Terpulang banyak mana nak letak serbuk supering tu. Korang boleh adjust ikut citarasa masing-masing. Tekstur laksa goreng ni memang rangup dan mengembang elok. Yang penting korang goreng laksa kering tu dengan kuantiti minyak yang banyak. Make sure betul-betul panas okey. Takut tak elok jadinya nanti.

Untuk lebih detail, apa kata korang follow resepi jajan ala-ala twisties yang dikongsikan oleh Cik Puan Ida Zaida ni. Confirm korang puas hati. Rasanya lebih sedap dari jajan beli kat kedai. Anak-anak pun tak berenti nak makan. Bolehlah korang buat stok banyak-banyak nanti.

 

RESEPI JAJAN ALA-ALA TWISTIES

Harga barang sekarang ni semuanya mahal. Elok juga buat snek atau kudapan macam ni untuk anak-anak kat rumah. Kalau asyik beli, boleh kopak dibuatnya. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan jajan ala-ala twisties ni.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Laksa kering 1 paket
  • Serbuk cheese/ Serbuk supering
  • Serbuk cili

CARA PENYEDIAAN JAJAN ALA-ALA TWISTIES :

▶️ Goreng laksa sehingga kembang.

▶️ Bila dah siap goreng semuanya, masukkan pula ke dalam bekas.

▶️ Taburkan serbuk cheese atau serbuk supering.

▶️ Tutup bekas dan goncang botal sampai rata semua serbuk pada laksa yang di goreng tadi. 

▶️ Kalau nak pedas, korang boleh taburkan serbuk cili. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Masak Tahun Atau Taun Ayam Yang Paling Sedap. Makan Dengan Nasi Putih Panas-Panas Lagi Sedap!

 

Siap untuk di makan! Duduk depan tv sambil makan jajan ni, confirm tak sedar habis sebalang! Kalau untuk sendiri makan, korang nak letak serbuk cili lagi sedap. Sebab akan ada rasa pedas-pedas gitu. Make sure goreng laksa ni guna minyak yang banyak dan panas tau. Kalau tak cukup panas, mesti laksa tak mengembang elok.

Nak tahu minyak betul-betul panas atau tak, korang cuba goreng laksa 1. Kalau elok kembang dalam minyak panas, bolehlah goreng banyak. Masukkan dalam segenggam, goreng dan toskan minyak. Serbuk supering tu korang boleh dapatkan kat kedai bakeri. Ada saiz besar dan pack kecil.

Sepeket laksa tu boleh dapat banyak tau! Berbaloi beli. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Ida Zaida kerana sudi berkongsi resepi jajan ala-ala twisties ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Bolehlah buat stok jajan banyak-banyak kat rumah lepas ni. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open