Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Buat Mi Bakso Homemade. Makan Panas-Panas Dengan Sambalnya Lagi Sedap!
Seperti yang kita ketahui, bakso merupakan makanan yang cukup terkenal di Indonesia. Bakso juga sangat digemari rakyat Malaysia. Dengan itu, hari ini kita akan ikuti satu perkongsian resepi mi bakso homemade bersama sambalnya yang padu!
Kebiasaanya, bakso dihidang dengan bebola daging ataupun ayam didalamnya. Bakso juga boleh perasakan dan dicantikkan warna kuahnya dengan kicap dan sos. Serta boleh juga diperasakan dengan sedikit rasa masam limau nipis.
Bakso juga boleh kita dapati terjual di pasar malam. Ada juga orang yang berasal dari Indonesia yang menjualnya, dapatlah rasa asli bakso seberang. Selain menggunakan bihun, bakso boleh dihidang dengan maggi ataupun suhun.
Cara penyediaannya sangatlah mudah. Dimana, anda cuma perlu menyediakan sup bakso, bihun celur, sambal bakso juga bahan hiasan dan bahan perasa yang lain seperti kicap, sos, daun bawang dan juga daun sup.
Resepi mi bakso homemade ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Yatie Nayla. Bakso yang sedap adalah bakso yang dihidang panas-panas dengan sambalnya. Confirm terangkat dibuatnya!
RESEPI MI BAKSO HOMEMADE
Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat bahan memasak yang diperlukan. Nak buat banyak-banyak pun takpe. Kalau sejuk masih boleh panaskan supnya. Seronok juga dapat makan bakso malam-malam macam ni.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan pelengkap dan hiasan :
- Bihun/ maggi/ suhun (dicelur dan toskan)
- Kubis (dihiris halus)
- Daun sup dan daun bawang (dihiris halus)
- Bawang goreng
- Sos cili life
- Kicap abc
Bahan sambal bakso :
- Segengam cili padi merah
- 1-2 bwg putih
- 2 biji buah keras/ kemiri
- 1 sudu besar cuka
Bahan untuk sup bakso :
- 1 bungkus meatball
- 1 sudu kecil serbuk lada putih
- 3 biji buah keras
- 1 peket sup bunjut adabi
- 1 Kiub daging maggi (2 pun boleh)
- 1 peket kecik perencah sup daging adabi
- Daun bawang (terpulang nak banyak mana)
- Serbuk perasa (Optional)
- Garam
- Air 3 liter atau bersamaan 2 botol besar air mineral
Bahan kisar untuk sup bakso:
- 3 biji buah keras
- 8 ulas bawang putih
- 4 biji bawang merah kecil
- 2 inci halia
CARA PENYEDIAAN MI BAKSO HOMEMADE :
Cara penyediaan sambal :
▶️ Blend cili, bawang, buah keras sampai halus. Tumis dan agak-agak dah pecah minyak masukkan cuka, garam dan sedikit guła. Rasa dulu sebelum tutup api.
Cara penyediaan sup bakso :
▶️ Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
▶️ Masukkan serbuk lada putih, perencah sup daging adabi dan sup bunjut adabi. Kacau sekejap dan masukkan air.
▶️ Masukkan garam, cukup rasa dan kiub daging. Biarkan ia mendidih barulah masukkan meatball.
▶️ Biarkan mendidih sekali lagi. Kemudian, rasa dah ok taburkan hirisan daun bawang dan tutup api. Siap!
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA: Cara Mudah Masak Nasi Goreng Cili Padi Yang Enak. Campak-Campak Je Confirm Menjadi!
Campurkan bahan pelengkap dan bahan hiasan dalam mangkuk. Masukkan sup bakso dan perasakan dengan sambal, kicap dan juga sos. Masakan bersup ni sesuai dimakan waktu malam atau musim hujan. Dapatlah memanaskan badan kita.
Bakso juga boleh kita temui terjual di mana-mana kedai makan dan diperhentian R&R lebuhraya. Macam-macam pilihan masakan yang ada disana. Bukan sahaja bakso, mi sup, mi kari pun ada.
Tapi untuk musim PKP ni kita nak buat mi bakso homemade. Lebih jimat dan lebih puas hati. Anak-anak pun pasti suka dengan hidangan ini. Semoga resepi mi bakso homemade ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!