Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Masak Daging Goreng Halia Atau ‘Ginger Beef Stir Fry’. Mudah Dan Pastinya Enak!

0 217

Dah masak lauk untuk makan malam? Jom kita cuba resepi masak daging goreng halia ni. Mudah dan pastinya enak. Ala-ala masakan chinese style. Kalau direstoran mahal, menu ini dipanggil sebagai ginger beef stril fry.

Masak daging yang sedap adalah bila kita menggunakan bahagian daging yang lembut seperti harimau menangis dan batang pinang. Lembut dan juicy je daging tu. Tapi nak guna bahagian daging yang biasa pun boleh je.

Antara tips untuk melembutkan daging yang liat adalah betulkan teknik memotong daging, masak dalam periuk tekanan yang tinggi, menggunakan bahan perapan berasid, rebus daging dahulu dan macam-macam lagi.

Jangan ingat soda bikarbonat berguna untuk membuat kek dan roti saja. Ia juga boleh melembutkan daging. Caranya, campurkan sedikit soda bikarbonat dan biarkan selama 15 minit. Kemudian, basuh bersih sebelum dimasak.

Perap daging menggunakan soda bikarbonat juga merupakan salah satu teknik yang biasa digunakan. Lebih mudah! Dengan itu, jom kita ikuti perkongsian resepi daging goreng halia yang dikongsikan oleh Cik Puan Parmiati Binti Suyudi.

 

RESEPI DAGING GORENG HALIA

Nak beli daging harimau menangis, rasa mahal pula. So, kita gunakan daging biasa dan guna teknik melembutkan daging dengan soda bikarbonat. Pasti hasilnya buat anda puas hati. Jom masak!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 250-300 gram daging (basuh bersih, hiris nipis dan ditoskan airnya)

 

Bahan perap daging :
  • 2 sudu kecil madu
  • 2 sudu kecil lada sulah
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 3 sudu makan minyak bijan
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan kicap masin
  • 3 sudu makan kicap manis
  • 3 sudu kecil tepung jagung

*Semua bahan ini digaul dengan daging dan diperap dalam 20-30 minit.

 

CARA PENYEDIAAN DAGING GORENG HALIA :

▶️ Goreng bawang putih halia dan cili kering sampai masak.

▶️ Masukkan daging perap tadi, kacau sebati dan goreng sekejap.

▶️ Masukkan sedikit air dan goreng sampai daging masak dan air kering.

▶️ Masukkan daun bawang dan kacau lagi.

▶️ Tutup api dah siap!

 

BACA JUGA: Buat Mi Bakso Homemade. Makan Panas-Panas Dengan Sambalnya Lagi Sedap!

 

Mudahkan! Pastikan sebelum daging diperap dengan bahan lain. Perapkan dengan soda bikarbonat selama 15 minit dahulu. Kalau dah guna bahagian daging yang lembut, tak perlu gunakan teknik ini.

Aroma masak daging goreng halia ini sangat wangi. Dihidang dengan nasi putih panas dan sayur campur pun dah sedap. Sekarang zaman moden, google je semua dapat. Sebelum google resepi lain, cuba buat daging goreng halia ni. Enak sungguh!

Sedikit pedas cili kering, anak-anak pun boleh makan. Kalau dah bosan makan lauk yang sama, bolehlah cuba lauk ni pula. Semoga resepi daging goreng halia ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open