Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Donat Pandan Yang Gebu, Wangi Dan Paling Mudah Dibuat! Rugi Sangat Tak Cuba!

0 1,185

Petang-petang macam ni mesti rasa nak ngunyah kan. Jom buat donat. Tapi kali ni kita buat donat pandan pula. Beza sikit dari donat biasa. Donat pun gebu dan wangi je. Yang paling penting, proses nak buat sangatlah mudah.

Bahan yang digunakan juga tak renyah. kita akan menggunakan warna hijau yang ada pada daun pandan. Kisar dan ambil saja patinya. Tak perlu guna pewarna makanan. Guna je bahan semula jadi. Aromanya pun memikat hati!

Zaman dah semakin moden. Kalau zaman dulu, donat ni di buat dengan satu jenis sahaja. Sekarang dah lain, dah boleh jumpa pelbagai jenis donat yang bermacam-macam rupa dan perisa.

Untuk kali ni, kita akan hidangkan keluarga kita dengan donat tradisional yang cuma ditambah 1 bahan iaitu pewarna air pandan didalamnya. Tertarik anak-anak kita melihat warnanya. Sudah tentu kuih donat pula antara kegemaran mereka.

Resepi donat pandan ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Noriza Awang Hamat. Tengok gambar yang beliau kongsikan, adunan doh nampak elastik dan menjadi je. Confirm gebu macam ni!

 

RESEPI DONAT PANDAN

Actually, nak dapatkan warna hijau pada tekstur donat yang dah digoreng perlu menggunakan pewarna makanan. Tapi, kali ni kita nak masak donat tanpa bahan pewarna makanan. Nak pakai yang semula jadi je. Jom masak!

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 peket setengah yis mauripan
  • 2 cawan air suam
  • 3 Sb gula
  • 1 penutup pes pandan

*Satukan semua bahan dan biar yis naik.

 

Bahan lain : 
  • 1 kilo tpg gandum
  • 2 Sb susu tepung
  • 3 Sb susu pekat manis
  • 4 Sb majerin pelangi/ apa-apa je
  • Sedikit garam

CARA PENYEDIAAN DONAT PANDAN :

▶️ Satukan semua bahan. Gulkan sehingga menjadi serbuk.

▶️ Kemudian, masukkan air yis tadi.

▶️ Uli sehingga doh tidak melekat pada tangan. Ketepikan.

▶️ Biarkan doh mengembang dan naik sekali ganda.

▶️ Tumbukkan doh bagi doh turun. Kemudian, bentukkan doh menjadi bulat dan tekap bahagian tengahnya.

▶️ Habis bulatkan, biarkan doh mengembang sekali lagi baru digoreng dengan api perlahan.

▶️ Angkat, toskan dan boleh gulungkan dengan gula halus.

 

BACA JUGA: Resepi Daging Bawang Yang Paling Mudah. Sedap Sangat Dimakan Dengan Lemang Dan Ketupat. Jom Cuba!

 

Siap untuk dihidang! Dah siap nanti bolehlah digaul dengan gula halus. Ada beberapa tips untuk mendapatkan teksur donat yang lembut dan gebu. Anda boleh menggunakan bread softener sebagai pelembut. Nak letak telur pun boleh.

So, kalau takde bread softener boleh letakkan sebiji telur di dalam adunan. Tak suka bau telur masukkan sedikit esen vanilla untuk hilangkan bau hanyir. Kepada sesiapa yang tak tahu mana nak beli bread softener, boleh cari kat kedai bakery.

Lepas ni buat donat lain sikit dari biasa, bolehlah cuba resepi donat pandan yang gebu gebas ni. Wangi sangat! Semoga resepi donat pandan ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open