Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Soto Dan Sambal Kicap Letops Yang Memang Power. Sedap Sangat Dimakan Panas-Panas!

0 1,343

Bila duduk rumah ni, banyak pula makanan pasar malam yang dirindui, salah satunya adalah soto. Soto dan sambal kicap saling menjadi pelengkap antara satu sama lain. Ianya merupakan makanan khas dari negara jiran iaitu Indonesia.

Soto sejenis makanan yang berkuah dan ada pelbagai bahan didalamnya. Kebiasaannya dihidang dengan nasi impit dan juga bihun celup. Suhun goreng pula antara bahan yang wajib ada dalam hidangannya.

Soto juga lebih sedap bila dihidang dengan begedil. Dimakan panas-panas boleh terangkat dibuatnya. Cara penyediaannya pun tak renyah, mudah bagi mereka yang suka mencuba pelbagai resepi.

Resepi soto ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu cik puan Afy AL Habibi. Beliau menggunakan bihun kuning versi utara, yang mana bihun direbus dengan serbuk kunyit sehingga lembut.

Bagi anda yang ingin menjamu tetamu untuk majlis kecil seperti majlis hari jadi dan rumah terbuka anda dicadangkan menggunakan resepi ini. Pasti para tetamu anda sukakannya.

 

RESEPI SOTO DAN SAMBAL KICAP 

Pelbagai versi soto yang ada dan masing-masing mempunyai keenakannya yang tersendiri. Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat satu persatu bahan memasak yang digunakan untuk penyediaannya.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Bihun (dicelur dengan serbuk kunyit)
  • Beberapa ketul ayam (dibersihkan)
  • 3 sekawan
  • Sebatang serai (diketuk)
  • 1/2 biji bawang besar kuning
  • 3 sudu rempah sup Baba’s
  • Air
  • 1 kiub ayam Knorr
  • Garam secukup
  • Bebola daging (Optional)

 

Bahan kisar :
  • 1 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih.

 

Bahan untuk sambal kicap letops :
  • 2 genggam cili padi hijau dan merah (digoreng)
  • Tambahan 1/2 genggam cili padi (tak perlu digoreng)
  • 3 ulas bawang putih
  • kicap lemak Jalen + sedikit lemak Jalen pekat
  • Perahkan sebiji asam limau kasturi tanpa biji

 

Bahan hiasan lain :
  • Isi ayam yang sudah (dicarik)
  • Daun sup
  • Taugeh
  • Kacang tanah goreng
  • Bawang goreng
  • Bebola daging
  • Asam limau kasturi

CARA PENYEDIAAN SOTO DAN SAMBAL KICAP :
Cara penyediaan kuah soto :

▶️ Panaskan sedikit minyak. Masukkan 3 sekawan, sebatang serai yang diketuk dan 1/2 biji bawang besar kuning.

▶️ Masukkan pula bahan yang telah dikisar tadi.

▶️ Kemudian, masukkan 3 sudu rempah sup Baba’s. Tumis sehingga garing.

▶️ Masukkan secawan air terlebih dahulu. Kacau bahan tumis dan air menjadi sebati.

▶️ Kemudian, barulah masukkan beberapa ketul ayam. Seeloknya campurkan bahagian ayam yang bertulang dan isi dada. Biarkan seketika.

▶️ Tambahkan air sebanyak 1 jag besar. Selepas kuah sup mula mendidih, masukkan 1 kiub ayam Knorr dan garam secukup rasa. Guna api perlahan sahaja.

▶️ Nak masukkan bebola daging pun boleh. Tutup api selepas kuah mendidih beberapa kali. Siap untuk kuah soto yang super sedap!

▶️ Keluarkan ayam. Tinggalkan bahagian ayam yang bertulang sahaja. Boleh tapis kuah sup kalau tak suka banyak hirisan bawang.

▶️ Ayam yang dikeluarkan tadi bolehlah digoreng seketika dan carik-carikkan. Kemudian, ketepikan.

Cara penyediaan sambal kicap letops :

▶️ Rahsianya nak sambal sedap, goreng seketika semua bahan sambal kicap.

▶️ Lepas goreng, tambah lagi 1/2 genggam cili padi.

▶️ Masukkan kicap lemak Jalen + sedikit kicap lemak Jalen pekat takat paras cili.

▶️ Perahkan sebiji limau kasturi tanpa biji.

▶️ Kemudian, tambah secubit gula dan sedikit perasa. Kisar hingga lumat. Siap!

 

BACA JUGA: Resepi Cookies Paling Senang Dibuat. Boleh Cuba Untuk Dijadikan Kudapan Dimasa Lapang!

 

Siap untuk dihidang! Kemudian, taburkan dengan bahan hiasan lain. Ha! soto ni regunya makan dengan nasi impit kan? Tapi nak makan dengan bihun pun sedap sangat. Jangan lupa makan dengan sambal letops ye.

Kalau nak buat begedil boleh search je dalam blog ni. Boleh buat sekali. Begedil pun dah ada jual yang frozen. Nak makan diluar sekarang ni dah tak boleh. Kalau beli soto dan bawa pulang kerumah pula dah tentu tentu soto akan sejuk sebelum dimakan.

Lebih sedap makan panas-panas. Kalau buat sendiri secara homemade lebih puas hati. Dapat makan panas-panas. Semoga resepi soto dan sambal kicap letops ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open