Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Pavlova Montok Yang Mudah Dan Sedap. Boleh Ditoppingkan Dengan Apa Saja Jenis Buah Yang Anda Suka!

0 2,104

Resepi pavlova adalah sejenis pencuci mulut manis yang berasaskan meringue iaitu putih telur. Tekstur bahagian luar mini pavlova ini rangup seperti kerak dan bahagian dalamnya pula lembut dan ringan.

Nama pavlova adalah sempena nama seorang ballerina Rusia iaitu Anna Pavlova. Pavlova biasanya dihidangkan dengan krim putar dan juga dihias dengan buah-buahan dibahagian toppingnya.

Jenis pencuci mulut mewah ini sangat sesuai dihidangkan bila ada majlis dirumah anda seperti majlis hari jadi dan juga rumah terbuka. Pavlova juga boleh di dapati dimana-mana bakery dan juga cafe hipster.

Pavlova boleh dipelbagaikan bentuknya, sama ada bentuk mini pavlova ataupun bersaiz kek biasa. Sebijik mini pavlova juga agak mahal, lebih jimat buat sendiri. Sekali sekala bolehlah buat secara homemade.

Resepi pavlova yang montok ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Mira Abdul Rahim. Musim PKP macam ni boleh juga belajar buat pavlova dirumah. Sambil mengisi masa lapang anda.

 

RESEPI PAVLOVA MONTOK

Sebenarnya nak buat pavlova ni mudah je. Cuma mengambil masa yang agak lama untuk membakarnya. Selepas dibakar kena tunggu betul-betul sejuk dulu sebelum dipaipkan cream dibahagian atasnya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 2 bijik putih telur
  • 1/2 cup gula kaster
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecik esen vanilla

 

Bahan hiasan :
  • Topping cream (value pride)
  • Buah mangga atau anggur (atau apa saja jenis buah masam)
  • Deco powder (jangan guna ising sugar cepat cair dan tak cantik)

CARA PENYEDIAAN PAVLOVA MONTOK :

▶️ Panaskan oven pada suhu 150C untuk api atas bawah.

▶️ Asingkan putih telur dan kuning telur. Pastikan jangan ada kuning telur dalam putih telur dan pastikan bekas mixer sentiasa bersih dan tiada setitik air atau minyak.

▶️ Pukul putih telur dalam mixer selama 1 minit.

▶️ Masukkan gula ke dalam mixer, buat kelajuan paling laju.

▶️ Pukul sampai dia kental dan bertanduk.

▶️ Lepas bertanduk masukkan tepung jagung dan esen vanilla kacau sampai rata.

▶️ Paipkan ke dalam paper cup dan bakar dalam suhu 150C selama 55 minit.

▶️ Dah sejuk baru deco dengan topping cream dan buah.

▶️ Topping cream pukul sampai kental jangan terlalu overbit ye.

▶️ Letakkan topping cream dan buah-buahan. Taburkan deco powder dan siap!

 

BACA JUGA: Resepi Soto Dan Sambal Kicap Letops Yang Memang Power. Sedap Sangat Dimakan Panas-Panas!

 

Siap untuk dihidang! Sangat manis ye sebab tu pavlova perlu ditoppingkan dengan buah yang masam untuk stabilkan rasanya. Yang suka sangat makan pavlova, anda wajib cuba resepi yang dikongsikan oleh cik puan mira ini.

Untuk menghasilakan meringue, perlulah menggunakan teknik yang betul. Selain buah mangga dan anggur, anda juga boleh menggunakan strawberry ataupun kiwi. Tapi, anda juga boleh mempelbagaikannya mengikut citarasa masing-masing.

Kalau nak buat majlis dirumah anda, apa kata anda hidangkan dengan pemanis mulut pavlova ini. Cantik sangat bila dibuat banyak dan dihias diatas meja tetamu. Semoga resepi pavlova montok ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open