Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Nasi Dagang Bersama Gulai Ikan Tongkol Yang Cukup Sedap. Menjilat Jari Dibuatnya!
Seperti yang kita ketahui, resepi nasi dagang bersama gulai ikan tongkol ini sangat popular di Pantai Timur Malaysia, iaitu di Terengganu, Pahang dan juga Kelantan. Nama lain bagi ikan tongkol adalah ikan aye jangan keliru pula.
Secara umumnya, nasi dagang akan dijadikan menu sarapan pagi bagi masyarakat pantai timur. Ianya juga boleh dihidangkan dihari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri. Nasi dagang juga mudah diperolehi dipasar malam dan pasti ramai penggemarnya.
Hidangan nasi dagang masa kini, tidak hanya terdapat di pantai timur. Ianya semakin terkenal dan boleh diperolehi dimana saja. Nasi dagang wajib dimakan bersama rojak timun untuk menyedapkan lagi rasanya.
Walaupun sesetengah orang mengatakan bahawa terdapat perbezaan antara masakan nasi dagang Terengganu dan Kelantan, tetapi ianya tetap mempunyai penggemarnya yang tersendiri dan disukai ramai.
Kepada mereka penggemar nasi dagang, boleh ikuti resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Noor Faezah Zaini ini melalui laman facebooknya. Rata-rata yang meninggalkan komen “share” dan ingin mencubanya.
RESEPI NASI DAGANG BERSAMA GULAI IKAN TONGKOL
Boleh kita lihat ramai sungguh penggemar nasi dagang ini. Bila dijual waktu pagi, terlewat bangun je dah habis dijual. Dengan itu, anda semua boleh menggunakan resepi yang dikongsikan ini untuk membuatnya sediri secara homemade.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk gulai ikan tongkol :
- Ikan tongkol hitam (direbus)
- Asam keping
- Bawang merah (dikecil hiris)
- Halia (dihiris)
- Daun kari
- Rempah 4 sekawan
- Halba
- Rempah kari ikan
- Asam keping
- Cili padi
- Asam keping
- Kerisik
- Telor rebus
- Santan Fresh
Bahan kisar halus :
- Bawang merah
- Bawang putih
- 4 biji Buah keras (untuk lemak)
- Cili kering
Bahan untuk nasi dagang :
- 1kgBerasmathi
- 200gPulut
- Santan Fresh (untuk nasi berkilat dan beminyak)
- Bawang kecil (dihiris)
- Halia (dihiris)
- Halba
- Garam
- Gula
Bahan untuk rojak timun :
- Timun (dihiris)
- Lobak (dihiris)
- Sengkuang (dihiris)
- Bawang (dihiris)
- Cili padi (dihiris)
- Garam
- Gula
- Cuka
CARA PENYEDIAAN NASI DAGANG :
Cara penyediaan gulai ikan tongkol :
▶️ Rebuskan terlebih dahulu ikan tongkol dengan asam keping dan juga garam. Siap merebus ketepikan.
▶️ Panaskan minyak yang banyak dan tumiskan bawang merah yang dihiris halus terlebih dahulu.
▶️ Seterusnya, masukkan bahan yang dikisar halus. Kacau sampai naik bau.
▶️ Masukkan rempah kari yang siap dibancuh dengan air atau yang telah dijadikan pes.
▶️ Bila bahan tumisan dah pecah minyak, masukkan ikan dan sedikit air rebusan.
▶️ Masukkan pula santan fresh dan gula. Perasakan juga dengan garam secukupnya. Biarkan sampai kuah mendidih dan masak dengan sempurna.
Cara penyediaan nasi :
▶️ Campurkan berasmathi dengan beras pulut, basuh bersih dan tanak bersama santan sehingga separuh kembang.
▶️ Kemudian, kukus nasi dengan bahan lain seperti bawang kecil, halia, halba, garam dan juga gula. Kacau sebati baru kukus.
Cara penyediaan rojak timun :
▶️ Gaulkan semua bahan dan sebatikan. Siap dihidang dengan nasi dan gulai ikan tongkol.
BACA JUGA: Basque Burnt Cheesecake Yang Marvellous. Kek Yang Padu Dengan Cheese Dan Oreo, Sedap Sangat!
Siap semua hidangan nasi dagang kita! Dapat nasi yang menggunakan berasmathi dan beras pulut yang cukup lemaknya. Dapat juga gulai ikan tongkol yang cukup menyelerakan dan ditambah pula dengan rojak timun sebagai pelengkap rasa.
Nak masak nasi dagang ni mudah je, gunakan teknik yang betul pasti menjadi. Lepas ni boleh terus guna resepi diatas sebagai rujukan anda untuk menghidangkan nasi dagang homemade yang super sedap.
Terima kasih diucapkan kepada puan nor faezah kerana sudi berkongsi resepi ini difacebook. Semoga resepi nasi dagang bersama gulai ikan tongkol ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!