Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Masak Lemak Cili Api Cendawan Kukur. Confirm Bertambah-Tambah Nasi Dibuatnya!
Wah, lain dari yang lain lauk lemak cili api kita kali ni. Masak guna cendawan jujur. Agak-agak korang macam mana rasanya. Mesti korang pun teringin nak cuba kan. Jom follow resepi masak lemak cili api cendawan kukur ni. Nampak sedap dan menyelerakan.
Ada orang panggil cendawan kukur. Ada yang panggil kulat sisir. Dan macam-macam lagi cara masaknya. Boleh masak tumis dengan telur pun dah sedap. Tapi kali ni kita nak masak lemak pulak. Memang sedap sangat sebab aroma dan rasa tersendiri tu.
Selain cendawan butang, kulat sisir adalah salah satu cendawan yang mudah untuk didapati di seluruh dunia. Kulat sisir ni mempunyai khasiat atau nilai perubatan yang mungkin tidak diketahui ramai. Antaranya mampu mencegah dan merawat kanser.
Resepi masak lemak cili api cendawan kukur ni telah di kongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Zaleha Rusli. Nampak mudah sangat ye. Resepi asal dari arwah mak beliau. Sampai bila-bila air tangan ibu tetap nombor satu di hati kita.
Baru semalam aku masak ayam masak lemak cili api. Tak nak pedas sangat pun. Tapi berapi jugak la teringa ni. Masak lemak memang senang sangat. Tak perlu bawang pun sebenarnya. Janji dah ada kunyit dan cili. Tapi untuk resepi ni ada kelainan sedikit.
RESEPI MASAK LEMAK CILI API CENDAWAN KUKUR
Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan masakan yang diperlukan dalam penyediaan masak lemak cili api cendawan kukur ni. Bahan-bahan dan step memasak seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Cendawan kukur
- Serai
Bahan kisar :
- Bawang putih
- Bawang merah
- Halia
- Cili api
CARA PENYEDIAAN MASAK LEMAK CILI API CENDAWAN KUKUR :
▶️ Mula-mula bersihkan cendawan dulu. kalau ada kayu-kayu ke habuk ke buang. Lepas tu rendam. Sebab yang beli ni takdelah kering sangat rendam sekejap je dalam setengah jam.
▶️ Dah kembang elok kita tos airnya, perahkan cendawan tu dan bilas bersih. Dah siap tu nanti tumbuk-tunjuk manja cendawan ni dalam lesung sebab cendawan ni pun liat-liat manja. Tumbuk tapi jangan sampai hancur.
▶️ Kisar semua bahan kecuali serai. Cendawan tu sikit je jadi bahan pun sikit je pakai janji pedas.
▶️ Tuang bahan kisar dalam kuali. Lebur sekali dengan santan. Cendawan + ikan bilis. Letak je semua bahan dan buka api. Tapi jaga jangan pecah santan. Setel. Santan pakai santan pekat je. Jangan banyak kuah sangat nanti tak kick.
▶️ Kalau ada pucuk ubi ke pucuk paku ke udang ke boleh je campur dengan cendawan ni pun sedap. Perasakan garam gula.
▶️ Tadaaaaa! Dah siap.
BACA JUGA : Resepi Kek Pisang Choc Chip Yang Gebus Dan Sedap. Mudah Giler Cara Nak Buat Kek Ni!
Nak masak dia banyak step. Tips tak nak bagi cendawan liat kena tumbuk sikit. Bagi hilang liat-liat manja tu. Makan lauk ni dengan nasi putih panas-panas, confirm terangkat dibuatnya. Goreng ikan ke ayam ke. Dah cukup. Takde lauk pun takpe dah.
Alhamdulillah sedap sebab bau aroma dia tu lain tau. Memang menyelerakan sungguh! Ni yg dah siap masak. Dia memang pekat-pekat je santannya tak payah kuah banyak. Fuh! Rupanya cendawan masak lemak cili api pun sedap.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Zaleha Rusli kerana sudi berkongsi resepi masak lemak cili api cendawan kukur ini di Facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada kita semua. Selamat mencuba!