Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Basque Burnt Cheesecake Yang Marvellous. Kek Yang Padu Dengan Cheese Dan Oreo, Sedap Sangat!

0 885

Nak buat kek hari jadi buat mereka penggemar cheese? Jangan bimbang, hari ini ada satu perkongsian resepi cheesecake yang dipanggil sebagai “basque burnt cheesecake” dengan gabungan biskut orea. Pastinya sedap!

Penggunakan perkataan “Basque” dalam resepi ini adalah berasal dari negara diantara Spain dan France. Manakalah, burnt pula ialah hangus. Kek ini sangat disukai ramai. Harga jual diluar agak mahal, tak berbaloi membelinya. Buat sendiri lebih baik.

Resepi asal tanpa oreo, kelihatan kek ini seakan hangus dibahagian atasnya. Sebenarnya, permukaan itu bukanlah hangus, berkemungkinan disebabkan penggunaan telur dan gula yang membuatnya begitu.

Rasanya bahagian atasnya manis seakan karemal. Untuk menutup bahagian yang rentung itu, anda boleh menggunakan apa sahaja jenis topping. Penggunaan oreo dan perchan lemon dalam kek ini juga dapat mengurangkan rasa muak pada cheesecake.

Buat mereka penggemar cheese kek, jom kita ikuti resepi basque burnt cheesecake yang dikongsikan oleh Cik Puan Ikaa Rejab melalui laman facebooknya. Kalau beli dikedai, sepotong je pun dah mahal. Memang tak puas hati nak makan.

Jadi apa kata kita buat secara homemade. Apa saja masakan yang dibuat sendiri dirumah pasti buat anda lebih puas hati. Lebih jimat, tahu tahap kebersihannya, selamat dan yang paling penting boleh asah skill memasak.

 

RESEPI BASQUE BURNT CHEESECAKE

Maksud dalam nama kek ni pun dah tahu, sekarang nak kena tahu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaannya. Kepada yang baru nak mencuba, jom follow sebijik-sebijik cara dibawah.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Oreo (dibuang inti)

 

Bahan lapisan cheese :
  • 250 gm cream cheese
  • 1/2 cawan gula
  • 125 ml whipping cream
  • 2 sudu besar tepung
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 3 biji telur
  • 1 sudu perahan lemon

 

Bahan lapisan oreo :
  • Butter (dicairkan)
  • Oreo (dihancurkan)

CARA PENYEDIAAN BASQUE BURNT CHEESECAKE :

▶️ Mula-mula, buat adunan bahagian bawah dahulu. Campurkan oreo hancur dengan butter yang dicairkan.

▶️ Adun kedua bahan dan masukkan dalam loyang yang beralaskan kertas minyak atau menggunakan aluminium foil.

▶️ Seterusnya, campur kesemua bahan lapisan cheese dan kisar semuanya sehingga hancur.

▶️ Tuangkan diatas lapisan oreo. Dan letakkan topping biskut oreo dibahagian atasnya.

▶️ Bakar dalam airfryer, dengan suhu 180C selama 25 minit atau 160C selama 15 min Siap!

 

BACA JUGA: Resepi Nasi Goreng Pedas Guna Lebihan Nasi Daging Semalam. Ubah Suai Supaya Tak Membazir Dan Terbuang. Anda Wajib Cuba!

 

Dah siap masak, biarkan kek sejuk secara semulajadi. Kemudian, baru simpan dalam peti sejuk untuk beberapa jam. Kek yang sudah sejuk mudah dipotong dan lebih sedap bila dimakan.

Kepada mereka yang kurang gemar dengan cheese, mesti cuba juga resepi ini. Kerana cheese telah digabungkan dengan oreo dan dapat mengurangkan rasa muak pada kek. Cuba dulu baru tahu keenakannya.

Lepas ni dah boleh buat basque burnt cheesecake  buat sesiapa saja yang menyambut hari lahir. Tapi, pastikan mereka penggemar cheese ye. Takut tak termakan kek ni nanti. Semoga resepi ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open