Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Puding Biskut Guna Cream Cracker. Puding 3 Bahan, Serious Sedap!
Dalam banyak waktu makan yang kita ada, selalunya minum petang sering menjadi masalah fikir nak makan apa. Kalau nak yang sedap, ringan dan mengenyangkan, boleh cuba buat puding biskut 3 bahan menggunakan biskut cracker ni,
Bila buat makanan 3 bahan, atau 4 bahan maknanya nak buat dia adalah tersangat mudah. Nak-nak lagi jenis agar-agar atau puding adalah sejenis yang ramai orang boleh buat menjadi.
Nak hidangkan untuk makan petang, atau sebagai pencuci mulut pun sesuai je. Terpulang kepada kita asalkan habis licin. Hehe.
Resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Dhia Azlinda ni, antara resepi ringkas dan boleh buat nanti bila berkesempatan.
Nanti dah nak masuk bulan puasa kan. Jadi, boleh simpan dlu dan buat kemudian hari. Jika ada yang nak gunakan untuk jualan pun boleh boleh. Mana tahu ianya bermanfaat.
RESEPI PUDING BISKUT CREAM CRACKER
Penggunaan biskut dalam resepi ini boleh gunakan cracker yang tidak bergula daripada mana-mana brand. Jika saya, lebih suka gunakan brand Hup Seng sebab ianya lebih berlemak dan ada ‘rasa’.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 20-24 keping biskut
- 4 biji telur gred A @ B
- ½ cawan susu pekat
CARA PENYEDIAAN PUDING BISKUT CREAM CRACKER :
▶ Mula-mula sekali, panaskan pengukus dahulu. Disebabkan senang sangat nak buat dan mengambil masa sekejap sahaja nak siapkan.
▶ Sediakan air dalam bekas, rendamkan biskut sehingga kembang. Kemudian toskan.
▶ Kisar susu, telur dan juga biskut tadi sehingga halus.
▶ Bahagikan kepada dua bahagian adunan. Boleh warnakan dengan kesukaan kita. Jika ada serbuk koko, masukkan sedikit untuk membezakan.
▶ Masukkan sedikit adunan dalam loyang, kukus sekejap dalam 5 minit.
▶ Masukkan next layer warna lain pula dan kukus lagi 5 minit.
▶ Ulang sehingga habis dan untuk lapisan terakhir kukus dalam 10 minit.
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan.
BACA JUGA: Cara Buat Ikan Cencaru Sumbat Simple. Tak Guna Inti Kelapa Pun Habis Licin!
Wah! Nampak mudah jugak nak hasilkan puding jenis simple macam ni. Hanya gunakan 3 bahan atau 4 bahan dah jadi makanan yang sedap dan sedia dimakan.
Untuk yang mana baru nak belajar buat kuih, puding simple boleh cuba resepi ni. Bayangkan ketika bulan puasa, dengan lapar dan dahaga kita nantikan waktu berbuka. Eloklah hidangkan puding cream cracker macam ni. Sudah tentu licin dibuatnya.
Dengan perkongsian resepi puding biskut cream cracker ni, saya harap dapatlah memberikan manfaat buat korang di luar sana. Belajar menu atau resepi baru yang mudah, simple dan rasa yang sedap. Saya ucapkan selamat mencuba buat semua!