Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Karipap Sardin Bentuk Suku Yang Mudah Dan Sedap. Boleh Terus Goreng Atau Frozenkan!
Lain macam bentuk karipap ni. Ingatkan samosa. Rupanya karipap sardin bentuk suku. Saiz separuh dari bentuk karipap biasa ye. Jom buat petang hujung minggu ni. Boleh terus goreng atau frozenkan. Bila-bila nak makan, korang keluarkan je dari peti dan terus boleh goreng.
Comelkan saiz karipap ni. Sekali ngap je kat mulut dah habis. Saiz karipap ni sesuai juga untuk anak-anak makan. Tak besar macam biasa. Ambil sebiji pun boleh habis, takde la tinggal-tinggal nanti. Siapa pulak nak makan karipap gigit separuh tu kan.
Karipap ni korang boleh pelbagaikan intinya mengikut citarasa masing-masing. Kot korang tak suka makan sardin, korang ganti la dengan kentang atau isi ayam. Karipap isi telur pun ada ye. Tapi nak lagi mudah, masak je inti sardin ni.
Karipap inti sardin ni antara karipap yang mudah nak buat. Dah tak perlu nak masak inti beria. Just tumis ikan sardin tin guna bawang dan secukup rasa dah siap. Korang try la follow resepi dari Cik Puan Che Pah Che Gu ni. Bentuk karipap sangat menarik!
Aku dah banyak kali fail buat karipap pusing. Sampai dah bosan nak try! Sebab tu aku lagi suka buat kulit karipap biasa macam ni. Boleh buat banyak dan frozenkan masuk peti. Bila nak makan aku ambil je dan goreng.
RESEPI KARIPAP SARDIN BENTUK SUKU
Buat karipap ni masa hujung minggu dan simpan stok dalam peti atau freezer. So, hari-hari nak makan karipap pun boleh. Dah tak perlu beli karipap kat luar lagi. Karipap buat sendiri ni boleh makan panas-panas ye.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk kulit karipai :
- 1kg tepung gandum
- 3 sudu makan tepung beras
- 1l2 cwn minyak jagung
- 3 sudu besar mentega
- 1/2 sudu teh garam
- 750 ml air sejuk coway ke air campur ais pun boleh (1 1/2 cwn)
Bahan untuk inti :
- 1 kg tepung
- 2 tin sardin yang besar
- 1 biji bawang holland
- 3 ulas bawang putih
- 4 sudu makan lada kisar
- Sedikit halia
- 1/2 sudu jus limau supaya hilang bau hanyir ikan
- 2 btg kulit kayu manis
CARA PENYEDIAAN KARIPAP SARDIN :
Cara penyediaan kulit karipap :
▶️ Panaskan minyak dan mentega. Nak guna margerin dan minyak masak pun boleh.
▶️ Tuang ke dalam campuran tepung beras dan gandum. Guna senduk kayu sebatikan macam serbuk roti.
▶️ Lepastu masukkan secawan air dulu. Sebatikan. Kalau keras tambahkan air lagi. Uli dan perap dalam 30 minit baru guna.
Cara penyediaan inti sardin :
▶️ Asingkan sos sardin dan hancurkan guna garfu.
▶️ Bebawang dan halia pula dikisar kasar.
▶️ Tumiskan bersama kayu manis dan cili kisar. Dah naik bau masukkan sardin dan perasakan. Siap!
Cara bentuk karipap :
▶️ Untuk dapatkan bentuk yang macam kat gambar tu, kena timbang doh dalam 40 gram.
▶️ Kemudian, canai membentuk bulatan. Lipat dua bulatan doh tadi.
▶️ Kemudian, bahagi dua separuh bulatan tadi. Potong guna lidi atau guna belakang pisau pun boleh.
▶️ Nanti dia jadi macam poket bila dibuka.
▶️ Masukkan inti dan kelim macam biasa.
▶️ Siap untuk digoreng atau difrozenkan.
BACA JUGA : Resepi Pengat Pisang Nangka Untuk Minum Petang. Makan Sejuk Atau Panas Pun Boleh!
Sekali padang karipap ni nampak macam bentuk samosa. Memang lain dari karipap yang biasa kita makan. Karipap ni nak buat makan-makan sesuai la. Kalau untuk jual tak tahu pulak macam mana nak kira harga tu.
Karipap ni garing tau. Sebab air adunan karipap ni di campur dengan ais. Tu tips nak buat karipap atau kuih goreng lebih garing. Karipap yang sedap bagi aku ada tekstur berjerawat pada kulit. Lagi nipis lagi sedap!
Terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Che Pah Che Gu kerana sudi berkongsi resepi karipap sardin bentuk suku ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba semua!