Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Gulai Ikan Masing Kelantan. Masakan Kenduri Yang Paling Sedap!
Siapa orang Kelantan di sini? Tapi berpindah ikut suami duduk di luar Kelantan. Pasti rindukan makanan Kelantan kan. Terutama sekali lauk kenduri yang selalu ada dekat sana. Antaranya ialah gulai ikan kering Kelantan.
Rasa dia memang padu tau! Makan dengan nasi putih biasa pun boleh buat kita makan bertambah. Hidangkan pula sekali dengan sambal belacan. Tak pandang kiri kanan lah jawabnya.
Bagi yang nak rasa macam mana gulai ikan kering Kelantan ni, kena pandai buat. Silap cara memang boleh jadi rasa yang berbeza. Mujur juga sekarang ni senang nak cari resepi. Semuanya di hujung jari je.
Resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Zat Hernani nampak mudah dan senang nak follow. Kadang-kadang resepi macam ni kita kena tahu untuk tambat hati mak mertua. Ceewah! Walaupun kadang-kadang cara masak mereka tak sama, tapi effort tu yang kita nak tonjolkan. Hehe
Simpan dulu resepi ni supaya dapat kita buat nanti bila berkelapangan. Seronok tau bila kita dah tau macam mana nak buat resepi negeri tertentu. Elok belajar banyak masakan supaya nanti kita pun boleh hidangkan buat pasangan.
RESEPI GULAI IKAN MASIN KELANTAN
Bagi yang nak cuba buat gulai ikan masin Kelantan ni. ikut je step by step yang saya kongsikan. Negeri lain juga ada masakan ini dengan cara tersendiri, jadi tak salah kita raikan perbezaan ye.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :,
- 3-4 ekor ikan kering ( basuh )
- 1 biji timun ulam ( belah kecil )
- 5-6 biji cili hijau
- 1-2 keping nanas ( potong dadu )
- Santan secukupnya ( ikut kuah kita nak banyak mana )
- Garam
- Gula
- Serbuk perasa
BAHAN KISAR :
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 3-4 tangkai cili kering
- 1 biji cili merah
- 2-3 biji cili padi ( kalau nak extra pedas boleh tambah lagi )
- 2 inci kunyit hidup
- Sedikit lengkuas
CARA PENYEDIAAN GULAI IKAN MASIN KELANTAN :
▶ Mula-mula sekali, masukkan santan dan bahan kisar ke dalam kuali. Bahan kisar pastikan ianya dikisar sampai hancur.
▶ Seterusnya, buka api dan biarkan mendidih. Pastikan santan selalu dikacau supya kuah kita tidak berketul santannya.
▶ Kemudian masukkan ikan kering, hirisan nanas, cili hijau dan juga timun. Masak sekejap sampai semuanya sebati.
▶ Perasakan dengan garam, gula dan juga serbuk perasa.
▶Boleh kurangkan garam sebab ikan masin yang digunakan akan menghasilkan rasa masin pada kuah.
▶ Bila kuah dah mendidih, boleh padamkan api.
▶ Rasa semua dah cukup bolehlah sedia untuk dihidangkan!
BACA JUGA: Cara Buat Puding Biskut Guna Cream Cracker. Puding 3 Bahan, Serious Sedap!
Buat gulai ikan masin Kelantan ni, sedap dihidangkan bersama sambal belacan dan nasi panas-panas. Memang tak perlu lauk lain dah sebab dengan dua lauk ni pun dah boleh buat kita bertambah.
Mungkin ada yang belum pernah cuba makan gulai ikan masin pelbagai versi negeri pun. Jadi boleh lah cuba dengan Kelantan ni sebab rasa dia pun nice sahaja tidak pedas dan sesuai dimakan oleh semua.
Walaupun dihidangkan untuk kenduri pada kebiasaannya, tidaklah ianya hanya boleh makan dengan nasi minyak sahaja. sebab kebiasaannya dengan nasi putih lebih rasa nikmat dan kelazatannya. Nanti sesekali, cubalah!