Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Buat Chessy Chicken Ball Untuk Anak-Anak. Confirm Habis Licin!
Ada yang suka makan meatball? Sejenis makanan bebola dan ada kuah yang tersedia. Kalau pergi ikea tu, wajiblah makan meatball dia. Tapi sesekali boleh cuba makan chessy chicken ball ni. Serious sedap!
Apa yang menyebabkan dia menjadi semakin sedap ialah penggunaan bebolah itu sendiri. Kita memang sedia maklum, kalau daging burger, atau apa-apa keluaran Ramly pasti sedap dan padat. Berbaloi dengan harganya, rasa pun padu.
Kalau buat chessy chicken ball ni, tak cukup buat sebiji seorang. Harus buat semua barulah dapat makan dengan puas. Instead of chicken ball, Ramly juga ada keluarkan meat ball punya. Jadi, kita pilih suka yang mana ye.
Resepi nak buat chessy chicken ball ni mudah sangat sebenarnya. Bagi saya kalau ayah-ayah nak buatkan untuk anak pun boleh. Ikut je step by step yang saya kongsikan dekat bawah ni. Confirm menjadi!
Resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Noor Zain ni bagi saya berbaloi sangat untuk kita belajar dan tahu. Sesetengah orang ada yang bukak kedai jual makanan sebegini, boleh masukkan masakan ni dalam menu baru kita.
RESEPI CHESSY CHICKEN BALL
Masakan ni sejenis yang ringan sahaja. Kalau makan pun tidaklah mengenyangkan sangat. Tapi bagi yang nak control portion makan, boleh lah makan sekali sekala. Sebab penggunaan cheese dalam makanan ni tidak digalakkan untuk orang diet.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Bawang holland
- Bawang putih
- ½ botol Sos Kimball
- 4 keping cheddar cheese slice
- Mozzarella cheese ( jika guna yang blok, potong kecil-kecil)
- Mozarella cheese sagat (jenama achor)
- Chicken atau meat ball ( jenama Ramly)
- Parsley Herb
- Minyak masak
CARA PENYEDIAAN CHESSY CHICKEN BALL :
▶ Mula-mula sekali, tumuskan bawnag putih dan bawang holland. Tumis sampai kekuningan dan garing.
▶ Bila dah naik bau, masukkan chicken ball. Sebatikan chicken ball dengan bawang tadi.
▶ Biarkan sekejap sampai chicken ball masak sempurna.
▶ Masukkan sos spaghetti Kimball dan masa sampai menggelegak.
▶ Seterusnya, masukkan cheddar cheese slice atas chicken ball. Jangan gaulkan.
▶ Kemudian, masukkan mozzarella yang dipotong tadi di bahagian tepi dan tengah chicken ball.
▶ Taburkan juga mozzarella yang disagat. Tutup kuali dan biasrkan keju semua mencair. Dalam lebih kurang 5 minit.
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!
▶ Sebelum hiding, tabur parsley herb untuk kelihatan lebih menarik.
BACA JUGA: Cara Buat Gulai Ikan Masin Kelantan. Masakan Kenduri Yang Paling Sedap!
Waah! Sesekali rasa nak makan western apa salahnya kan. Sekejap je boleh habis licin bila makan panas-panas. Chessy chicken ball ni tak sesuai kalau nak makan kalau dah sejuk. Nanti keju dia akan sedikit mengeras.
Bestkan dapat belajar resepi yang simple dan mudah macam ni. Yang penting kena dengan selera semua ahli keluarga. Nak elakkan rasa bosan tak tahu nak makan apa. Itu yang cuba pelbagaikan resepi buat semua.
Saya harap perkongsian resepi chessy chicken ball ni dapat beri manfaat buat semua yang membaca ni. Sharekan di wall masing-masing ye supaya lebih ramai dapat manfaat yang sama. Selamat mencuba!