Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Mudah Buat Puff Pastri Sosej Ala Bunga Ros Kembang Setaman. Sedapnya Boleh Melekat Dihati!

0 631

Nampak menarik kudapan yang dikongsikan hari ini. Dengan menggunakan 3 bahan sahaja anda dapat hasilkan puff pastri sosej ala bunga ros kembang setaman yang sangat sedap. Cuma perlu menggunakan roti paratha segera sahaja.

Sosej yang dihiris akan disusun atas pastri yang telah dipotong memanjang. Kemudiannya digulung membentuk bunga ros dan di sapu dengan telur sebelum dibakar. Bakar menggunakan oven sahaja.

Anak-anak juga pasti suka dengan kudapan ini. Seakan roti yang dijual dibakeri hasilnya. Sudah pasti bentuknya yang seakan bunga ros telah menarik perhatian anak-anak anda. Sangat mudah dibuat dan boleh dicuba bila-bila masa sahaja.

Resepi puff pastri sosej ala bunga ros ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Zakiah Halim. Sekali cuba pasti anda nak lagi. Bakar saja atas tray muffin atau cup cake untuk memudahkan anda membakarnya.

Tanpa membuat doh pastri anda boleh gunakan puff pastri segera yang dijual dimana-mana pasaraya seperti roti paratha ini. Bila buat banyak-banyak nampak cantik sangat. Boleh juga dihidangkan bila anda membuat rumah terbuka nanti.

 

RESEPI PUFF PASTRI SOSEJ ALA BUNGA ROS KEMBANG

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat tiga bahan yang diperlukan dalam penyediaan puff pastri sosej ala bunga ros ini. Kalau ibu-ibu dah buntu idea, bolehlah selit resepi ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 keping roti paratha (Roti paratha Tishas)
  • Sosej secukupnya
  • 1 biji telur

CARA PENYEDIAAN PUFF PASTRY SOSEJ ALA BUNGA ROS KEMBANG :

▶️ Hiris nipis sosej ikut keperluan. Jika nak buat banyak, hirislah banyak.

▶️ Hiris jalur roti paratha, anggaran kedalaman tray.

▶️ Susun hirisan sosej sepanjang jalur. Gulungkan dari satu hujung.

▶️ Oleskan tray. Masukkan roti yang digulung tadi ke dalam lubang tray. Sapu eggwash kalau nak. Kalau tak letak pun ok je.

▶️ Bakar selama 20 minit pada suhu 200°C.

 

BACA JUGA: Resepi Simple Chicken Buttermilk Yang Creamy Dan Sedap Sangat. Menjilat Jari Dibuatnya!

 

Siap untuk dihidang! Rangup di luar, lembut di dalam. Tambah mayonis dan sos atau makan begitu sahaja pun boleh. Lembut sahaja kejadiannya. Hasilnya pasti memikat hati. Sedap sangat!

Ikut sahaja step by step yang dikongsikan pasti menjadi. Nak bakar guna air fryer pun boleh lebih memudahkan anda. Sesetengah orang memanggil kudapan ini sebagai “Roset” iaitu hidangan yang menggabungkan pastri puff dan sosej.

Tak nak cakap banyak lagi, kalau dah terasa nak buat tu jangan tunggu lama lagi. Beli bahan-bahan dan cuba secara homemade. Semoga resepi puff pastri sosej ala bunga ros kembang setaman ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open