Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Simple Chicken Buttermilk Yang Creamy Dan Sedap Sangat. Menjilat Jari Dibuatnya!
Resepi simple chicken buttermilk merupakan masakan yang sangat disukai ramai. Hidangan buttermilk boleh dimasak bersama ayam dan juga udang. Teksturnya yang creamy dan mudah dibuat membuatkan ramai yang jatuh cinta dengannya.
Ayam akan digoreng terlebih dahulu menggunakan tepung goreng ayam seperti tepung bestari kemudian, disiram dengan kuah buttermilk. Kuah buttermilk boleh dicampur dengan kepingan cheese untuk memekatkan lagi kuahnya.
Masak buttermilk ini boleh dipedaskan dengan menggunakan cili padi. Nak pedas tahap mana pun boleh. Penggunaan daun kari sangat penting untuk menaikkan lagi aroma masak buttermilk yang dihidangkan.
Resepi chicken buttermilk ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Yaqenna Malyeqa melalui laman facebooknya. Bahan memasak yang digunakan juga sangat mudah diperolehi. Hidang pada anak-anak pasti mereka suka.
Konsep yang sama digunakan dalam masak udang buttermilk. Udang perlu digoreng terlebih dahulu sebelum dimasak dengan kuah buttermilk. Hidangan ini sering kali dihidang dihotel-hotel mewah. Anda juga boleh mencubanya secara homemade.
RESEPI SIMPLE CHICKEN BUTTERMILK
Sesetengah orang akan menggunakan serbuk lada hitam dalam campuran tepung goreng ayam tadi untuk mengenakkan lagi rasanya. Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat bahan-bahan memasak yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaannya.
Bahan untuk ayam goreng :
- Ayam potong dadu
- Tepung Kentucky/ Bestari
- 3 sudu tepung gandum
- 1 sudu kecil lada hitam
Bahan untuk kuah Buttermilk :
- 1/2 butter
- Secubit garam
- 1 tin susu cair
- 3 sudu susu pekat
- 5 ulas bawang putih (dicincang halus)
- Daun kari segenggam
- 4 batang cili padi
CARA PENYEDIAAN SIMPLE CHICKEN BUTTERMILK :
Cara penyediaan ayam goreng :
▶️ Potong dadu ayam.
▶️ Campurkan tepung kentucky, tepung gandum dan lada hitam.
▶️ Salutkan ayam pada tepung.
▶️ Goreng garing ayam yang disalut tepung tadi. Angkat dan toskan.
Cara penyediaan kuah buttermilk :
▶️ Panaskan kuali dan masukkan butter. Biarkan butter mencair.
▶️ Tumis bawang putih, Daun kari dan cili padi. Tumis sampai naik bau.
▶️ Masukkan 1 tin susu cair dan letakkan 4 sudu susu pekat. Gaul sebati.
▶️ Letakkan secubit garam untuk perasa. Kacau hingga menggelegak dan tutup api.
▶️ Siram kuah buttermilk pada ayam yang telah digoreng garing tadi.
BACA JUGA: Resepi Kek Belang Pelagi Yang Moist Dan Sedap. Ala-Ala Kek Marble Pun Ada. Anda Wajib Cuba!
Siap kuah dan ayam! Siram kuah pada ayam goreng ataupun masuk sekali ayam goreng dalam kuali kuah buttermilk tadi dan gaul rata. Rasa ayam yang garing disalut dengan kuah buttermilk ini memang padu hasilnya.
Lepas ni tak perlu makan diluar lagi, anda boleh mencubanya secara homemade. Untuk penggunaan ayam, anda digalakkan menggunakan isi ayam dan dipotong dadu. Dapat memudahkan anda masa nak makan nanti.
Resepi simple chicken buttermilk ini boleh dipelbagaikan. Kalau nak campurkan kepinggan cheese pun tak salah. Semoga ianya bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!