Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kek Belang Pelagi Yang Moist Dan Sedap. Ala-Ala Kek Marble Pun Ada. Anda Wajib Cuba!
Dah biasa sangat buat kek marble, hari ini nak cuba buat kek belang pelangi yang moist dan sedap. Kek belang pelangi ini seakan kek marble rupa bentuknya sebab konsep memasaknya hampir sama dengan penyediaan kek marble.
Penggunaan susu cair dapat melembabkan lagi tekstur kek yang anda akan dihasilkan. Bahan yang digunakan juga sangat mudah diperolehi. Tapi untuk menghasilkan kek yang mempunyai tekstur yang cantik, anda wajib mengayak tepungnya terlebih dahulu.
Adunan kek akan dibahagikan kepada 3 bahagian. Yang mana 1 bahagian akan dikekalkan warna asalnya manakala 2 bahagian lagi anda boleh campurkan dengan pelbagai warna yang anda suka.
Anda akan memasukkan adunan secara berselang seli kedalam loyang atau terpulang kepada anda bagaimana untuk mencantikkan corak kek pelangi ini. Resepi ini telah pun dikongsikan difacebook Cookies Street buat rujukan pengguna media sosial.
Untuk menghasilkannya, anda cuma perlu menggunakan sukatan cawan sahaja. Yang tak biasa nak baking pun mesti boleh hasilkan kek belang pelangi ini. Boleh juga dihidang buat tetamu yang datang berkunjung kerumah di Hari Raya.
RESEPI KEK BELANG PELANGI
Kek pelangi ini sudah menjadi kebiasaan dijadikan hidangan buat para tetamu. Terutamanya bila ada majlis keramaian. Tapi tak semua rajin menghasilkannya. Tanpa membuang masa lagi jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1 cawan gula halus
- 1 1/2 cawan majerin
- 3 cwn tepung gandum + 2 sudu teh baking powder (campur sebati dan ayak)
- 6 biji telur
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1/2 sudu teh esen rose
- 2 sudu makan susu cair
- Pewarna ikut suka
CARA PENYEDIAAN KEK BELANG PELANGI :
▶️ Putar gula bersama majerin hingga kembang. Guna pemutar elektrik atau dengan menggunakan tangan.
▶️ Masukkan telur sebiji-sebiji dan putar hingga sebati. Pastikan telur dibasuh dahulu.
▶️ Sementara tu, lengserkan acuan 12 inci dengan sedikit majerin dan tepung. Pastikan rata ke seluruh bahagian acuan.
▶️ Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sampai habis. Gaul sebati.
▶️ Masukkan tepung, esen vanilla, esen rose dan susu cair. Gaul sebati. Bila tambah susu cair baru ada rasa lemak.
▶️ Adunan dibahagikan kepada 3 bahagian. Satu bahagian berwarna asal dan 2 bahagian lagi ditambah pewarna.
▶️ Setelah dibahagi dan diwarnakan, barulah boleh membelang-belangkan adunan mengikut warna bermula dari warna asal, kemudian pink dan hijau.
▶️ Ambil sebanyak 3 sudu makan setiap adunan untuk setiap lapisan. Ulangi langkah tersebut hingga habis adunan. Letakkan setiap warna secara berselang seli sehingga habis adunan. Gunakan loyang bersaiz 9 inci.
▶️ Bakar pada suhu 170C selama 30 minit atau sehingga masak mengikut kepanasan oven masing-masing.
BACA JUGA: Resepi Nasi Goreng Paprik Yang Mudah Dan Sedap. Cukup Menyelerakan Hasilnya!
Dah siap bakar nanti boleh dipotong terus, nak makan waktu panas-panas pun sedap sangat tau. Separuh dulang tak sedar dah habis. Esen vanilla pula bertujuan untuk menghilangkan bau hanyir telur dan kek akan berbau enak
Marjerin yang digunakan dalam kek ini membuatkan aromanya bila dibakar terasa tak sabar nak dimakan. Warna dan rasa adunan kek boleh dipelbagaikan seperti rasa coklat dengan menggunakan serbuk koko.
Dah tahu resepi kek belang pelangi ini? apa kata anda buat secara homemade. Confirm buat anda puas hati! Semoga resepi kek belang pelangi ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!