Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Asyik Sangat Makan Nugget, Terus Belajar Cara Buat Nugget Ayam Homedade Pulak!

Nugget ayam homemade
0 3,863

Pantang keluar ke pasaraya, mesti akan ambil nugget ayam frozen tu. Dan setiap kali makan nasi, nak wajib ada. Lama-lama boleh pokai juga dibuatnya. Jadi tak salah kalau kita cuba buat nugget ayam Homemade pulak kan?

Menggunakan bahagian dada atau bahagian isi ayam nak buat nugget ayam homemade, jadi lagilah mudah. Biasanya part ni, memang ramai kurang gemar, jadi kita transform tukar kepada nugget ni memang lajulah habis.

Bagi yang nak buat nugget homemade versi ayam ataupun daging, bolehlah follow resepi dan cara yang saya kongsikan ni. Resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Rehana Nurul Amin ni nampak mudah dan senang nak faham.

Senanglah nak buat lepas bila kita dah tahu cara yang betul. Hasilnya pun sedap, dan anak-anak paling gemar makan. Tak nak makan dengan nasi pun boleh bauat ala-ala popcorn je saiznya.

Yang mana tak berkesempatan nak buat sekarang, simpankan dulu di wall facebook korang masing-masing ye. Senang nak tengok balik lepas ni bila ada kelapangan.

 

RESEPI NUGGET AYAM HOMEMADE

Mudah menggunakan bahagian dada sebab kita hanya akan menggunakan isi ayam sepenuhnya. Kalau nak memang aim nak buat nugget ni, pergi kedai terus beli bahagian breast ni.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Ayam tanpa tulang ( Dada ayam)
  • 2 biji telur
  • Bread crumbs
  • Garam
  • Oregano
  • Black pepper

CARA PENYEDIAAN NUGGET AYAM HOMEMADE :

▶  Mula-mula sekali, basuh ayam bersih dan potong kecil ikut kesesuaian.

▶ Masukkan ke dalam mesin pengisar bersama telur, black pepper, oregano dan juga garam.

▶ Bila dah kisar hancur, masukkan tepung gandum sikit-sikit. Adunan kena pekat dan jangan biarkan ia berair.

▶ Seterusnya, bulat-bulatkan dan golekkan atas tepung gandum.

▶ Pukul 1 biji telur. Celup nugget dalam telur dan golekkan dalam bread crumb.

▶ Panaskan minyak masak, goreng nugget ayam homemade ni sehingga masak sepenuhnya.

▶ Nak buat frozen pun boleh. Jika stok banyak, hanya perlu goreng separuh sahaja. dan bakinya boleh simpankan dalam freezer.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan bersama lauk lain juga.

 

BACA JUGA: Cara Buat Mee Goreng Simple Tapi Mewah Dengan Bahan-Bahan. Wajib Cuba!

 

Tak sangka jugak mudah je rupanya nak buat nugget ayam homemade ni. Best jugak dapat jadikan projek bersama anak-anak ni. Barulah seronok kan.

Selain gunakan isi ayam, boleh juga gunakan ayam kisar atau daging kisar. Yang mana rasanya tidak lari dan masih sama.

Terdapat beberapa jenama yang boleh digunakan dan comfrim daripada kebersihannya. Antaranya ialah daging burger atau ayam burget keluaran Ramly.  Dah ada nanti, jangan lupa buat nugget ayam homemade ni.  Saya ucapkan slamat mencuba

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open