Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Pedal Masak Hitam Manis. Resepi Simple, Rasa Marvellous!

Pedal masak hitam
0 380

Ada yang suka makan pedal atau hati? Waah! Sedapnya dapat makan hati atau pedal masak hitam manis yang simple-simple je. Makan dengan nasi panas, memang tak boleh tahan.

Ada sesetengah orang tak bagi makan makanan dalaman seperti ini. Tidaklah diketahui sebab dan musababnya, tapi bagi yang makan memang akan suka.

Antara masakan lain yang biasa dibuat adalah goreng kunyit, sambal atau masak kicap. Kalau dapat makan masakan ni memang bertambah-tambah nasi dibuatnya. Kadang-kadang makan dengan pulut lemang pun jadi!

Alang-alang pedal dah ada banyak di rumah, jom lah kita buat pedal masak hitam manis ikut resepi Cik Puan Asrinna Bakri ni. Simple dan mudah sahaja resepi yang dikongsikan. Tapi yang penting nampak menyelerakan.

Nak tukarkan kepada bahan lain juga boleh, hati atau binatang ayam juga tidak ada masalah. Asalkan, ia sedap sehingga menjilat jari.

 

RESEPI PEDAL MASAK HITAM MANIS

Antara pedal dan hati, pedal bersifat liat manakala hati pula lebih rapuh. Untuk menggorengnya pula, hati-hati sebab nak goreng pedal tiada masalah berbanding goreng hati akan meletup-letup sedikit.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 250 gram pedal yang telah dibersihkan
  • 1 biji bawang merah
  • 3-4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • Cili padi ( ikut tahap pedas kita nak)
  • Serbuk kunyit
  • Kicap
  • Sos tomato
  • Sos cili
  • Daun sup

CARA PENYEDIAAN PEDAL MASAK HITAM MANIS :

▶ Mula-mula sekali, gaulkan pedal dengan garam dan kunyit. Kemudian goreng sehingga separuh masak.

▶ Seterusnya, tumbuk bawang besar, halia, bawang putih dan juga cili padi.

▶ Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumbuk sehingga garing. Masukkan sedikit kicap.

▶ Kemudian, masukkan 1 cawan air. Perlahankan api dan biar pedal betul-betul masak. lebih kurang dalam 30 minit.

▶ Seterusnya, masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau smpai sebati.

▶ Akhir sekali, perasakan dengan garam dan serbuk perasa jika suka.

▶ Sebelum dihidangkan, masukkan dalam mangkuk dan tabur daun sup sebagai hiasan.

▶ Siap dan sedia untuk dijamu!

 

BACA JUGA: Asyik Sangat Makan Nugget, Terus Belajar Cara Buat Nugget Ayam Homedade Pulak!

 

Kalau tengok pada gambar memang rasa menarik dan menyelerakan! Tak tahu pulak nak buat pedal, senang sangat macam ni. Paling seronok bila dah masak semua ahli keluarga makan dan mereka suka sangat dengan lauk tersebut.

Antara lauk yang ada, pedal masak hitam lah yang paling cepat habis dan ramai suka. Lauk yang simple dan mudah, tapi jadi kegemaran orang ramai.

Simpan dulu resepi ni dekat wall facebook supaya lebih ramai yang dapat manfaat yang sama dan supaya mudah untuk kita folllow semula.

Untuk yang nak try buat masakan ni, saya ucapkan selamat mencuba ye semua! Confirm korang semua suka.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open