Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Sandwich Daging Burger Remade. Confirm Sedap, Berperisa Dan Berjus!

0 105

Sandwich daging burger. Kalau teringin makan burger, dagingnya best kalau tambah bahan lain untuk penambah rasa. Lebih berperisa dan berjus. Jom try resepi sandwich daging burger ni. Kita remade burger yang biasa jadi lagi sedap. Macam mana nak buat? Tengok resepinya di sini.

Gaul sebati burger dengan bahan lain dan bentukkan bebola. Masak atas kuali leper macam biasa kita masak daging burger. Sebelum masak, leperkan daging ikut saiz yang korang nak. Tak nak tambah garam pun takpe, sebab biasanya rasa daging dah ada masin-masin sikit.

Sandwich daging burger ni kita buat guna roti gardenia je. Mesti korang pun dah bosan makan roti tu dengan jem dan inti coklat kan. Sesekali buat sandwich ala burger syok jugak. Cuma sedikit renyah. Kena buat time korang ada banyak masa.

Resepi sandwich daging burger ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Zurina Zulkefli. Resepi ni viral ye. Dah cecah 11k share sampai ke hari ni. Tengok la berlayer-layer bahan dalam roti ni. Confirm puas hati nak makan. Boleh hidang untuk breakfast dan makan malam nanti.

Kita remade balik daging burger supaya jadi lagi extra sedap. Korang mesti puas hati dengan hasil daging burger yang dah siap masak nanti. Lebih berperisa dan berjus. Lepas ni makin rajin la korang buat sandwich daging burger kan.

 

RESEPI SANDWICH DAGING BURGER

Tak sabar nak buat. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan sandwich daging burger ni. Bahan-bahan dan step penyediaannya seperti dibawah.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 3 keping daging burger
  • 1/2 bawang kuning (dipotong dadu)
  • 1/2 daun sup
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 biji telur ayam

CARA PENYEDIAAN SANDWICH DAGING BURGER :

▶️ Kacau semua sekali hingga sebati.

▶️ Bahagikan kepada dua dan bentukkan bebola.

▶️ Panaskan sedikit minyak masak dan letakkan bebola daging tadi. Leperkan dan masak seperti biasa.

▶️ Letak sekeping keju di atas daging dan tutup kuali. Kita biarkan keju cair.

▶️ Letakkan dahulu roti gardenia, sayur salad, dan tomato.

▶️ Kemudian, letakkan daging burger bersama keju cair.

▶️ Sos atas citarasa masing-masing macam saya lebih suka sos lada hitam untuk dilawan bersama rasa lemak keju.

▶️ Tutup dengan roti gardenia.

▶️ Potong dua dan siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Fruits Jelly Ball Yang Comel Dan Sedap. Buat Cocktail Buah Pun Sedap Weh!

 

Potong dua sandwich dan boleh makan dengan pasangan korang. So, sweet kan!Sedap ye sandwich daging burger ni. Lepas ni mesti tak beli burger kat luar lagi. Buat yang homemade je. Ganti roti gardenia dengan roti burger pun boleh. Step yang lain sama je.

Daging burger tu boleh buat nipis dan tebal. Ikut citarasa masing-masing. Lepas ni kot korang nak buat pot luck anak-anak untuk jamuan di sekolah atau pot luck office try la buat sandwich daging burger ni. Confirm berebut orang nak makan nanti.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Zurina Zulkefli kerana sudi berkongsi resepi sandwich daging burger yang berperisa dan berjus ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open