Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Brokoli Goreng Sos Tiram Yang Simple Dan Sedap. Tak Laku Lauk Lain Dah!
Dah lama sangat tak makan sayur campur macam ni. Hari ni teringin la pulak. Rasanya masakan macam ni dah tak perlu lauk lain lagi kan. Macam ni pun dah cukup. Jom try resepi brokoli goreng sos tiram ni. Memang sedap ye!
Sayur brokoli ni banyak khasiatnya untuk badan kita. Terutama untuk si kecil. Sayur brokoli ni dapat membekalkan sumber Vitamin C, antioksidan yang baik dan dapat melindungi kulit anak dari pencemaran udara dan alam sekitar.
Sayur brokoli ni jugak ada 7 lagi manfaat lain antaranya ialah dapat menurunkan berat badan, baik untuk mata, tulang, gigi, dan kecantikan kulit. Dapat mengelakkan sembelit, baik untuk jantung dan mampu mengawal tekanan darah.
Wah! Memang banyak kebaikkan sayur ni. Setiap kali balik dari Kota Kinabalu, confirm kami sekeluarga akan borong sayur ni banyak-banyak semasa berhenti kat Kundasang. Hampir setiap hari jugak la kami akan masak sayur brokoli ni.
Resepi sayur brokoli goreng sos tiram ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Shai Anne Ahemed. Selagi tak habis sayur ni kat dalam peti, selagi tu kita orang masak ye. Masak simple je macam dałam resepi ni.
RESEPI BROKOLI GORENG SOS TIRAM
Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan brokoli goreng sos tiram ni. Jangan goreng sayur ni sampai terlalu masak. Half cooked je dah cukup. Step by step resepinya di bawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Brokoli (dipotong)
- Carrot (dipotong)
- Baby corn (dipotong)
- Ayam (bahagian isi)
- 4 ulas bawang putih (dihiris)
- 2 sudu mkn sos tiram
- 1 sudu tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
- Lada sulah Sedikit
- Garam dan perasa
CARA PENYEDIAAN BROKOLI GORENG SOS TIRAM :
▶️ Tumis bahan hiris & ayam sampai masak seketika.
▶️ Masukkan sos tiram dan sedikit air.
▶️ Tambah jugak perasa dan garam.
▶️ Masukkan brokoli, carrot & baby baby corn.
▶️ Akhir sekali, masukkan bancuhan tepung jagung.
▶️ Kacau sekejap dan tutup api.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Resepi Sandwich Daging Burger Remade. Confirm Sedap, Berperisa Dan Berjus!
Dah siap pun brokoli goreng sos sos tiram kita! Masak lauk ni je dah cukup. Dah lengkap dengan sayur dan ayam kat dalamnya. Jangan goreng sayur tu terlalu masak ye, biar dia half cooked je. So, rangup sikit masa ngunyah nanti.
Meriah sungguh lauk kita hari ni. Sesuai buat lauk makan tengahari dan makan malam. Susah tau mak-mak nak cari menu setiap hari. Penat dok mikir. Save satu resepi ni, jimat masa dan tenaga nak masak. Satu lauk je dah buat korang kenyang.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Shai Anne Ahemed kerana sudi berkongsi resepi brokoli goreng masak sos tiram ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!