Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Fruits Jelly Ball Yang Comel Dan Sedap. Buat Cocktail Buah Pun Sedap Weh!
Ramai yang dah buat fruits jelly ball ni.Aku je ke tak cuba lagi. Dah banyak kali nampak, tapi buatnya tak. Kali ni tekad nak follow resepi fruits jelly ball kat sini. Nak buat cocktail pun boleh. Sedap hidang sejuk-sejuk. Rasa segar je tekak nanti.
Fruits jelly ball ni ada pelbagai perisa dan pelbagai versi resepi. Tapi aku tertarik dengan versi yang ni. Nampak simple dan mudah sangat nak buat. Korang nak guna apa jenis buah pun boleh. Anak-anak confirm suka makan fruits jelly ball.
Boleh makan macam tu je, boleh jugak makan dengan air cocktail. Hidang fruits jelly ball ni kat majlis-majlis pun sesuai ye. Ramai yang akan suka. Fruits jelly ball ni bulat dan ala-ala guli bila dah siap nanti. Memang teruja dengan hasilnya.
Nak buat fruits jelly ball ni kena guna agar-agar. Lawa tau hasil fruits jelly ball yang dah siap. Sampai rasa sayang pulak kalau nak makan. Ada jugak yang tanya, bahaya tak untuk anak-anak? Fruits jelly ball ni keras ke? Mesti korang risau nak biar anak-anak makan kan.
Resepi fruits jelly ball ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Bam Azimad. Boleh letak apa je jenis buah kesukaan korang. Nak buat fruits jelly ball ni guna acuan ais pun boleh. Janji acuan korang bulat dan bukan petak.
RESEPI FRUITS JELLY BALL
Tak sabar nak buat. Macam seronok buat dessert fruits jelly ball ni kan. Hasilnya pun menarik. Sampai rasa sayang nak makan. Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan fruits jelly ball ni. Step penyediaannya seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 7 gram agar2 serbuk
- 10g serbuk jelly Nutrijell
- 1100 ml air (jika gunakan serbuk jelly jenama lain sila ikut sukatan air pada pack)
- 180g gula (boleh tambah atau kurangkan ikut citarasa sendiri)
- Perasa tutty fruity (beli di kedai bakery)
- Gula batu seketul kecil (optional)
Bahan-bahan buah :
- 1 sudu kecil biji selasih direndam dengan air panas
CARA PENYEDIAAN FRUITS JELLY BALL :
▶️ Satukan semua bahan dan wisk supaya serbuk agar-agar dan serbuk jelly larut dalam air dan tidak berketul.
▶️ Jerang hingga mendidih. Matikan api dan masukkan biji selasih yang telah kembang.
▶️ Setelah wap panas hilang dan agak-agak hampir suam bolehlah dituang ke dalam acuan.
▶️ Simpan di dalam peti sejuk beberapa jam.
▶️ Boleh jadi cocktail buah.
BACA JUGA : Resepi Ayam Goreng Berempah Homemade. Confirm Bertambah Nasi Dibuatnya!
Dah siap pun fruits jelly ball kita! Kalau nak letak buah. Boleh letak buah dalam acuan dulu sebelum ruang agar-agar. Make sure buah di potong kecik dan sesuai masuk dalam acuan. Potong dari pun boleh. Jelly ball ni boleh makan macam tu je atau campur dengan air cocktail ye. Sedap!
Warna warni bila dah siap! Untuk yang ada anak kecik, jangan biar anak-anak makan sendiri fruits jelly ball ni ye. Takut tercekik pulak. Walaupun teksturnya lembut, tapi agak bahaya untuk anak-anak yang tak biasa makan. Hidang sejuk-sejuk jelly ball ni memang sedap.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Bam Azimad kerana sudi berkongsi resepi fruits jelly ball yang comel dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!