Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Puas Makan Tauhu Bergedil Yang Gemok Gedempol Ni. Penuh Dengan Inti!

0 271

Cakap je pasal tauhu bergedil, siapa je yang tak suka kan. Haaa, hari ni aku nak share kat korang resepi tauhu bergedil yang gemok gedempol Penuh dengan inti. Memang korang puas makan lah. Sebijik pun kenyang.

Tahu bergedil ni kena makan dengan sambal kicap berapi. Takde sambal kicap, memang tak nikmat lah korang makan tauhu bergedil ni nanti. Sambal kicap dia memainkan peranan penting tau untuk tentukan tauhu bergedil tu sedap ke tak.

Kat tempat aku orang jual tauhu bergedil sebiji seringgit ye. Rasa mahalnya. Dulu dapat juga la, harga 5 biji RM2. Hurmm, apa boleh buat barang dapur pun dah makin mahal sekarang ni.

Kat Facebook, banyak resepi tauhu bergedil yang menarik aku jumpa. Tapi aku tertarik dengan resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Naddy’s Kitchen ni. Memang nampak sedap. Resepi ni dah dapat 10k share kat Facebook tau!

Penggemar tauhu bergedil boleh la try buat sendiri kat rumah. Boleh letak banyak inti banding beli kat luar. Inti penuh baru puas hati nak makan. Kalau beli kat luar belum tentu lagi rasa tu sedap ke tak.

RESEPI TAUHU BERGEDIL GEDEMPOL

Ada tak kat sini yang baru first time nak cuba buat tauhu bergedil kat rumah? Ha, ni resepi tepat untuk korang. Resepi memang lengkap. Hanya perlu ikut je sebijik-sebijik. Jom tengok bahan-bahan kat bawah ni.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan Inti Tauhu :
  • Kentang dipotong nipis*
  • Bawang merah*
  • Bawang putih*
  • Daging cincang (ditumis asing)
  • Tauhu pok
  • Garam
  • Perasa
  • Daun bawang/daun sup
  • Lada sulah

Bahan Sambal Kicap Berapi :
  • Cii padi hijau
  • Cili padi merah
  • Bawang putih
  • Kicap manis jalen
  • Garam
  • Gula

*Kisar semua bahan diatas dan masak seketika.

CARA PENYEDIAAN TAUHU BERGEDIL GEDEMPOL :

▶️ Bahan bertanda * digoreng sehingga layu dan kekuningan. Angkat dan toskan minyak.

▶️ Masukkan dalam bekas yang bersih tumbuk bahan yang digoreng tadi.

▶️ Masukkan daging cincang, garam, sedikit perasa, lada sulah, daun sup@daun bawang. Tumbuk kan sekali sehingga sedikit lumat.

▶️ Ambil tauhu pok potong permukaan atas sedikit dan sumbat inti tadi kedalam tauhu sehingga padat.

▶️ Ambil 3/4 biji telur ikut berapa banyak tauhu yang mahu di goreng. Gaul dengan sedikit garam dan ketepikan.

▶️ Celup tauhu pok kedalam telur gaul mesra dan goreng sehingga kekuningan.

▶️ Angakt dan toskan. Siap boleh dihidang!

 

BACA JUGA : Cara Buat Puding Triffle Yang Mudah Dan Sedap. Best Makan Sejuk-Sejuk!

 

Wow! Makan panas-panas dengan sambal berapi dan ten O panas, memang berasap telinga dibuatnya. Tapi kalau tak pedas, tak sedap la pula kan. Spoil mood nak makan nanti.

Resepi dah ada, buat apa nak beli kat luar lagi. Hujung minggu ni korang try la buat tauhu bergedil untuk family kat rumah. Buat-buat rajin kat rumah mak mertua ke. Barulah mak mertua sayang.

Dulu tauhu pun aku tak berkenan. Sejak try makan tauhu bergedil dengan sambal sedap, kuih ni la favourite aku. Thanks to Cik Puan Naddy’s Kitchen kerana sudi berkongsi resepi tauhu bergedil yang gemok gedempol ni kat Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba! 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open