Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kuih Karas Atau Kuih Jala Guna Tempurung Lagend. Kuih Tradisional Yang Rangup Bila Dimakan, Memang Sedap!
Resepi Kuih karas atau juga dikenali sebagai kuih jala merupaka kuih tradisional yang terkenal di Kedah. Tidak kurang juga di negeri Sabah, Sarawak dan Brunie. Di Sabah biasanya kuih karas ini dijadikan hidangan kuih kenduri kendara.
Kuih tradisional ini menggunakan tepung beras sebagai bahan utamanya. Dengan menggunakan 5 bahan sahaja termasuk air untuk membuat adunan, anda dapat menghasilkan kuih karas yang sedap.
Teksturnya yang rangup dan rapuh sangat sesuai dijadikan minum petang bersama teh o panas ataupun kopi o panas. Cara makan kuih karas ini adalah dengan mencelupkan kuih karas dalam air panas. Tapi nak makan macam tu pun tak jadi masalah.
Kuih ini juga tahan lama bila disimpan dalam tempat yang tak masuk angin. Lebih mudah dikatakan “simpan dalam bekas bertutup rapat”. Bentuk kuih karas ini separuh bulat. Dan untuk menghasilkannya masih mengekalkan penggunaan tempurung.
Resepi kuih karas ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Salamah Bte Abdullah. Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi kuih tradisional ini. Pasti ramai penggemarnya.
RESEPI KUIH KARAS
Kuih tradisional seperti ini perlu di kongsikan kepada semua pengguna media sosial. Supaya ianya tak lapuk dek zaman. Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat bahan yang diperlukan. Mudah sebab perlu guna sukatan cawan sahaja.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1 paket tepung beras
- 1 cawan gula
- 2 cawan air
- 2 sudu minyak masak
- Sedikit garam
CARA PENYEDIAAN KUIH KARAS :
▶️ Gula dimasak bersama 2 cawan air dan disejukkan. Ketepikan.
▶️ Masukkan pula tepung beras kedalam besen untuk memudahkan anda membuat adunan.
▶️ Masukkan 2 sudu minyak ke dalam tepung. Perasakan juga dengan sedikit garam.
▶️ Sedikit demi sedikit air gula tadi dimasukkan dalam adunan tepung sambil uli tepung.
▶️ Celup jari pada tepung dan cuba menjala dalam besen. Jika dahh ok dan tak putus tepungnya, bolehlah dimasukkan adunan dalam tempurung legend untuk buat kuih karas.
▶️ Tempurung disapu dengan minyak dahulu sebelum masukkan tepung yang dah siap dibancuh tadi.
▶️ Teruslah menebar jaring dalam kuali sehingga terhasilnya si karas.
BACA JUGA : Cara Mudah Buat Mee Rebus Terengganu Yang Sedap. Makan Dengan Sambal Kicap Perah Asam Limau Memang Padu!
Siap untuk dihidang! Bolehlah anda menikmati keenakan kuih karas bersama teh o panas petang-petang ni. Simple kan cara penyediaannya. Jika tak ada tempurung lagend tu boleh guna acuan roti jala je.
Disarawak kuih ini dikenali sebagai snek tradisional orang Iban. Di Kedah pula, kuih ini sangat popular dan mudah ditemui di daerah Kota Setar. Cara penyediaannya yang mudah, pasti siapa saja boleh menghasilkannya.
Ada anak-anak ada yang masih tak kenal dengan kuih tradisional ini? Boleh buat secara homemade. Semoga resepi kuih karas ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!