Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Mexican Burrito Malaysia Style. Breakfast Ala Western Yang Wajib Cuba!
Sesekali datang masa ‘rajin’ bolehlah cuba buat Mexican Burrito Malaysia Style ni. Wah! Dengar nama pun dah gempak, belum lagi pada rasanya. Confirm tak cukup satu bungkus tau!
Makanan ni asalnya sudah tentu dari Mexico tapi dioah menggunakan bahan yang ada di negara kita, Malaysia. Bagi yang pernah tinggal di luar negara, pasti sudah terbiasa makan makanan yang sebegini rupa.
Namun di Malaysia, nasi lemak dan roti canai yang menjadi keutamaan ketika bersarapan pagi. Memang tak sahlah tak pekena the tarik, roti canai telur dengan nasi lemak daun pisang.
Resepi simple tetapi menarik ni dikongsikan oleh Cik Puan Mengrong Chai. Saya suka kongsikan resepi beliau sebab unik, simple dan sedap rasanya. Paling penting, resepi yang beliau kongsikan kebiasaannya dimasak menggunakan air fryer. Kan mudah!
Mexican Burrito Malaysia Style ni, rasa dia seriously sangat sedap dengan isi dalamnya yang padat. Nak menghasilkan sesuatu rasa yang awesome, masing-masing perlu memainkan peranan yang penting termasuklah penggunaan sos yang betul.
RESEPI MEXICAN BURRITO MALAYSIA STYLE
Bila sekali dah tahu cara nak buat Mexico burrito Malaysia style ni, bolehlah buat bila-nila masa sahaja. Tak perlu tunggu makan pagi sahaja, nak buat sebagai makanan tambahan atau pun supper juga tak ada masalah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Wrap
- Chicken ham
- Telur
- Tomato
- Carrot
- Lettuce
- Korean Crispy Seaweed
- Thousand Islan Sauce
- Margarine
- Sos cili
CARA PENYEDIAAN MEXICO BURRITO MALAYSIA STYLE :
▶ Mula-mula sekali, panaskan sedikit minyak. Goreng telur hancur bersama seaweed. Kacau sampai semuanya masak. tabur sedikit serbuk pati ayam.
▶ Kemudian, sediakan wrap dan chicken ham. Panaskan sekejap dalam air fryer. Jika nak gunakan pan non stick pun boleh.
▶ Seterusnya, ambil wrap dan susun bahan-bahan lainnya. Lettuce, tomato, lobak merah, chicken ham dan juga telur di atas wrap.
▶ Akhir sekali, picit thousand island dan juga cili sos.
▶ Gulung wrap kemas-kemas. Boleh terus potong dan sedia untuk dihidangkan.
BACA JUGA: Nasi Beriani Express Guna Rempah Adabi. First Time Masak Pun Comfirm Jadi!
Jika suka makan panas-panas, lepas balut boleh panaskan dulu dalam air fryer atau pan. Biarkan ade kesan garing-garing sikit. Kemudian baru balutkan dengan wrapping paper.
Buat seorang satu untuk anak-anak. Barulah tak berebut. Nak potong pula, pastikan guna pisau yang tajam supaya bahan dalam tidak hancur ketika sesi pemotongan dijalankan. Jika suka extra pedas, boleh taburkan cili padi.
Mudah kan resepi Mexican Burrito ni. Sesekali nak buat untuk makan ala-ala western ni bolehlah cuba buat untuk semua. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!