Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Sambal Kacang Daging Special Untuk Raya. Lengkap Rasa Masam, Masin, Manis Dan Pedas!

0 125

Nak resepi sambal kacang daging special untuk raya? Jom follow resepinya disini. Anda pasti dapat menikmati keenakan kuah kacang yang lengkap dengan semua rasa masam, masin, manis dan pedas.

Nak dapatkan kuah kacang yang enak ada tipsnya. Salah satu tips adalah kacang yang dikisar jangan dikisar telalu halus. Biarkan sedikit kasar. Sedap juga bila tergigit nanti. Resepi kuah kacang ini menggunakan bahan tambahan lain iaitu daging.

Daging digunakan sebagai penambah sedap kuah kacang. Dan dimasukkan juga air rebusan daging dalam penyediaanya. Hasilnya memang puas hati. Sekarang kan tengah raya korban, daging yang dapat tu bolehlah dimasukkan sikit dalam resepi ni.

Kuah kacang boleh dimasak dengan pelbagai cara. Ada yang manis, ada yang manis dan pedas dan macam-macam lagi. Menjelang hari raya, kuah kacang antara menu wajib yang akan dibuat. Yang mana ianya akan dimakan bersama nasi impit.

Daging korban yang dapat tu boleh juga buat sate. Plan bakar-bakar dengan keluarga dirumah. Sambil tu bolehlah follow resepi kuah kacang yang dikongsikan oleh Cik Puan Asrinna Bakri ini. Confirm nak lagi!

 

RESEPI SAMBAL KACANG DAGING SPECIAL

Beliau telah berkongsi resepi ini di Facebook buat semua penggemar kuah kacang. Seperti yang kita tahu, kuah kacang yang paling enak adalah kuah kacang yang cukup dengan rasa manis, masin, masam dan pedas. Yang penting tak cair. Jom masak!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1/2 kg kacang tanah
  • 1/2 kg daging lembu (direbus dan dihiris, tapi jangan terlalu nipis)
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 batang serai
  • 2 sudu makan udang kering (takde udang kering, boleh guna udang geragau)
  • 1 cawan cili kisar
  • 2 sudu kicap manis (Optional)
  • Air asam jawa
  • Gula melaka
  • Gulu putih

CARA PENYEDIAAN RESEPI SAMBAL KACANG DAGING SPECIAL:

▶️ Goreng kacang tanah dalam minyak. Angkat dan sejukkan.

▶️ Bila dah sejuk, kisar kasar kacang tanah.

▶️ Blend halus bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dan udang kering.

▶️ Panaskan minyak anggaran 3 senduk besar dan masukkan bahan kisar halus bersama cili kisar. Goreng sehingga cili masak dan pecah minyak.

▶️ Masukkan daging, kacang tanah dan air rebusan daging secukupnya. Masak sehingga mendidih.

▶️ Masukkan gula melaka, gula pasir, air asam jawa, kicap dan garam secukup rasa. Kicap hanya untuk menambah warna.

▶️ Teruskan masak sehingga minyak timbul di permukaan dan kuah menjadi pekat. Siap!

 

BACA JUGA: Cara Buat Rambutan Asam Boi Yang Simple Dan Sedap. Confirm Meleleh Air Liur!

 

Siap untuk dihidang dengan nasi impit. Mudahkan! Ada lagi beberapa tips yang beliau kongsikan kepada kita untuk kita gunakan dalam penyediaan sambal kacang daging special ini. Semoga tips ini berguna buat kita semua.

Kacang tidak perlu dibuang kulit. Goreng dengan api perlahan sehingga sedikit keperangan tetapi hati-hati supaya kacang tak terlebih goreng. Nanti akan ada rasa pahit dan rasa pahit itu akan mempengaruhi rasa kuah dan kurang enak.

Hah, takde alasan kata ‘tak reti buat sambal kacang’. Try resepi ni, pasti menjadi. Semoga resepi sambal kacang daging special ini bermanfaat buat kita semua. Yang baru first time nak buat pun confirm boleh buat. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open