Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol Guna Beras Wangi Dan Rempah Cap Bunga Rose. Memang Power Rasanya!
Resepi nasi dagang gulai ikan tongkol sangat terkenal di pantai timur Malaysia iaitu di Terengganu. Ramai penggemarnya sehinggakan set nasi dagang ini dijual secara online di shopee. Yang mana semua set boleh dimasak secara instant dengan mudah.
Set nasi dagang itu dikenali sebagai nasi dagang atas tol. Yang mana ianya pernah viral dan digilai ramai orang sama ada mereka yang berasal dari Terengganu atau juga mereka dari negeri lain. Ramai yang membelinya.
Kalau pergi bercuti di Terengganu, pasti saja akan mencuba hidangan popular ini. Tapi, sekarang dah PKP dan anda tidak boleh kesana kesini lagi. Anda boleh mencuba resepi nasi dagang gulai ikan tongkol ini secara homemade.
Resepi ini menggunakan beras wangi dan juga rempah cap bunga rose dalam penyediaan gulai ikan tongkol. Anda boleh saja perolehi rempah ini secara belian atas talian iaitu online. Rasanya pasti seakan tengah makan nasi dagang asli Terengganu.
Resepi ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Anne Kumie. Nasi dagang yang sedap akan dimakan lengkap dengan acar timun. Anda boleh selitkan hidangannya semasa mencuba resepi ini.
NASI DAGANG GULAI IKAN TONGKOL :
Ikut tips yang dikongsikan, pasti nasi dagang lebih tahan lama dan tak perlu dipanaskan. Ianya tak akan basi walaupun sudah semalaman. Nak tahu bagaimana cara penyediaanya? Jom kita kedapur dan lihat bahan-bahan memasak yang diperlukan.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan nasi dagang :
- 1 kg beras wangi jenama Sunwhite (rendam semalaman)
- 3 cawan santan cair
- 1 cawan santan pekat/ santan ori
- 3 ulas bawang merah (dihiris halus)
- 2 hiris halia besar baru (dihiris halus)
- 1 sudu teh halba
- Sedikit garam
- Gula
Bahan gulai ikan tongkol :
- 1 ekor sedang ikan tongkol (dikukus)
- 1 sudu makan garam
- 4 keping asam keping
- 1 keping kecil nise (kukus semalam)
- 2 sudu makan rempah gulai (jenama cap bunga rose)
- 2 sudu makan rempah masak (jenama cap bunga rose)
- 2 sudu cili giling
- 1 cawan Santan pekat
- Belimbing buloh
- Cili hijau kecik
Bahan kisar :
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia
- Lengkuas
- Serai
CARA PENYEDIAAN NASI DAGANG GULAI IKAN TONGKOL :
Cara penyediaan nasi dagang beras wangi :
▶️ Kukus beras wangi tadi selama 30 minit.
▶️ Angkat beras tadi arung dengan santan cair sampai santan meresap pada beras, baru dikukus semula selama 30 minit lagi.
▶️ Sekali lagi, gaulkan santan pekat dengan garam dan gula. Angkat lagi beras dan arung dengan secawan santan pekat serta hirisan bawang merah, halia dan halba sampai santan meresap. Kukus semula 15 minit lagi.
▶️ Alaskan pengukus dengan daun pisang dan nasi dagang akan lebih wangi.
Cara penyediaan gulai ikan tongkol :
▶️ Tumis bahan kisar sampai wangi. Kemudian, masukkan cili giling dan masak sampai pecah minyak.
▶️ Bila dahpecah minyak, masukkan pula rempah masak dan rempah gulai. Tumis sampai pecah minyak
▶️ Masukkan air rebusan ikan tongkol tadi sampai mendidih.
▶️ Dah mendidih, masukkan ikan tongkol tambahkan lagi sedikit air.
▶️ Seterusnya, masukkan belimbing buloh dan cili hijau.
▶️ Bila nampak kuah gulai dah pekat, tambahkan santan.
▶️ Perasakan dengan sedikit garam sebab air rebusan ikan dah ada garam, gula dan asam. Rasa dah masak elok, matikan api.
▶️ Siap untuk dihidang nasi dagang bersama gulai ikan tongkol.
BACA JUGA: Resepi Kuih Gunting Lagend Yang Rangup Dan Sedap. Sangat Mudah Cara Penyediaannya. Boleh Dijadikan Kudapan Bila-Bila Masa!
Ada orang kukus 2 kali saja tapi kukus 3 kali nasi lebih muai dan paling penting tahan lama. Dah siap semunya, boleh juga dihidang dengan telur rebus. Untuk hidangan pada anak-anak anda, boleh kurangkan penggunaan cili kisar supaya tak terlalu pedas.
Jangan lupa acar timun. Hiris timun batang, lada besar, bawang merah dan lobak. Gaul rata dengan cuka, gula dan garam secukupnya. Tak lengkap hidangan tanpa acar ni. Nasi dagang juga semakin berleluasa dijual dan bukan saja di Terengganu.
Buat apa beli diluar kalau anda boleh menghasilkannya sendiri dirumah? Lebih terjamin kebersihannya. Semoga resepi nasi dagang gulai ikan tongkol ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!