Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Lontong Resepi Yang Senang Dan Simple. Lagi Berlemak Lagi Sedap!

0 7,442

Ada yang suka makan lontong tak dekat sini? Kalau sebelum ni, saya biasa jumpa lontong ada yang buat waktu raya. Kiranya untuk special event sahaja. Jamuan hari raya, rumah terbuka.

Tapi sekarang ni saya tengok lontong dimakan pada waktu pagi sebagai sarapan. Setiap hari ada. Setiap hari ramai yang jual dan ramai yang makan. Kalau pergi kedai, lontong antara makanan yang cepat habis lah berbanding nasi lemak, mee gorneg, bihun goreng atau roti canai.

Memang tak dapat dinafikan kesedapan lontong ni. Kalau dapat makan memang bertambah-tambah juga. Lebih- lebih lagi kalau ada sekali sambal ikan bilisnya. Marvellous!

Resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Ameera ni sangat sesuai untuk mereka yang betul-betul baru nak belajar buat lontong. Simple sahaja cara dan langkahnya. Cuma nakbuat lontong ni, banyak bahan yang digunakan.

Jadi, alang-alang nak buat tu, pastikan ramai makan. Buat dengan kuantiti banyak barulah rasa berbaloi dan puas hati dapat makan.

 

RESEPI LONTONG SEDAP DAN SIMPLE

Apa yang saya paling suka pasal lontong ni adalah banyak sayuran yang digunakan dalam kuahnya. Bagi orang yang sayur macam saya ni rasa seronok tak terkata bila buat sendiri boleh letak lebih banyak sayurnya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 15 biji bawang merah kecil
  • Sebesar ibu jari kunyit hidup
  • 2 genggam udang kering ( basuh bersih)
  • Santan
  • Udang / ayam
  • Serbuk kunyit
  • Cili besar merah / hijau
  • Tauhu
  • Garam

 

BAHAN SAYUR :
  • Kobis
  • Lobak merah
  • Kacang buncis
  • Fucuk
  • Suhun

CARA PENYEDIAAN LONTONG SIMPLE :

▶ Mula-mula sekali didihkan air dalam 3 cawan.

▶ Sementara tu, kisar bawang merah, kunyit hidup dan udang kering. Kisar sampai hancur dan lumat.

▶ Goreng tauhu dan potong dadu besar-besar.

▶ Seterusnya air dah mendidih, masukkan bahan kisar ke dalam periuk. Kacau sampai sebati semua bahan sekata.

▶ Kemudian, masukkan sayur-sayuran keras yang sudah dipotong pendek dan dibersihkan. Seperti kobis, lobak merah dan kacang buncis.

▶ Masukkan pula santan kacau kuah lontong kita supaya sebati. Santan ni jangan terlalu pekat dan jangan terlau cair tau. Sedang-sedang elok sahaja untuk berlemak kuah kita. Tapi kuah lontong ni, lagi berlemak lagi sedap. Tapi nanti dah siap kena kerap panaskan sebab risau cepat basi nanti.

▶ Masukkan isi udang atau isi ayam dan serbuk kunyit ke dalam kuah. Biarkan dia masak dan kuah menggelegak.

▶ Bila kuah kita dah jadi warna kuning cantik je, masukkan fucuk dan suhun. Btutup kuali untuk masak sempurna.

▶ Sesekali buka masukkan cili masak, tauhu dan perasakan dengan garam.

▶ Rasa dah okay, boleh padamkan api.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

 

BACA JUGA: Cara Buat Blueberry Cupcake Ala Hokkaido. Lembut Dan Penuh Filling!

 

Kalau lontong ni nak buat untuk makan pagi, saya nasihatkan untuk rebus siap-siap nasi impit tu malam semalam. Sebab nak rebus nasi impit ni memakan masa yang lama. Hampir 1 jam juga nak hasilkan nasi impit yang sedap dan masak sempurna.

Sedap makan lontong ni bersama dengan sambal bilis. Macam sambal bilis untuk nasi lemak tu je. lontong ni nak makan panas atau sejuk pun tetap sedap. Rasa kuah berlemak yang sedap, menjadi faktor utama lontong kita akan habis licin atau sebaliknya.

Kesimpulannya nak buat kuah lontong ni senang je. Bahan-bahan yang digunakan ni bergantung kepada apa yang kita suka dan nak makan. Sharekan dulu supaya mudah kita nak buat bila berkesempatan. Selamat mencuba!!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open