Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Puding Roti Dan Sos Kastard Yang Mudah Dan Sedap. Guna Air Fryer Je Confirm Menjadi!
Pasti ramai yang suka sangat makan puding roti dan sos kastard kan? Bila ada lebihan roti yang tak habis dan nak expired rasa membazir kalau tak makan. Nak makan dengan jem pun dah bosan. Apa kata cuba resepi puding roti ni. Sedap tau!
Cara penyediaan puding roti ini sangatlah mudah. Boleh dimasak dengan menggunakan air fryer je. Sekarang ni dah makin ramai orang memasak menggunakan air fryer dan pasti dah semakin ramai yang membeli alat ini.
Tapi kalau tak dah air fryer pun boleh bakar guna oven atau masak dengan cara mengukus. Tapi teksturnya sedikit berbeza. Bahan yang digunakan pun tak terlalu banyak, jadi mudah untuk anda mencubanya.
Nak masak puding roti ni mesti ada sos kastard, barulah perfect rasa puding kita tu. Bahan memasak juga pasti ada dirumah anda. Jom kita lihat perkongsian dari Cik Puan Azfa Azizan ini.
Perkongsian melalui laman facebook beliau telah mendapat komen dari pengguna facebook. Yang mana rata-rata ingin mencuba resepi ini. Mudah dibuat apa salahnya mencuba kan.
RESEPI PUDING ROTI DAN SOS KASTARD
Sekejap je buat puding ni. Masukkan bahan masak dalam air fryer 8 minit dengan suhu 170C. Dah naik bau wangi tandanya dah masak lah tu. Jom tengok cara penyediaannya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk sos kastard :
- Secawan Susu full cream
- 2 sudu Tepung kastard
- 3 sudu Gula
Bahan untuk puding roti :
- 1 biji Telur
- 2 sudu besar Gula
- 1 sudu kecil Butter
- 1 sudu Esen vanila
- 3 cawan Susu full cream
Bahan lain :
- Roti gardenia

CARA PENYEDIAAN PUDING ROTI DAN SOS KASTARD :
Cara penyediaan sos kastard :
▶️ Campurkan kesemua bahan sos kastard iaitu susu full cream, tepung kastard dan juga gula. Gaul sebati dan masak dengan api yang kecil sehingga pekat.

Cara penyediaan puding roti :
▶️ Carik-carikkan roti dan masukkan dalam loyang.

▶️ Masukkan satu persatu bahan puding roti dimulai dengan telur, gula, butter, esen vanila dan juga susu full cream. Kacau menggunakan whisk sehingga semua bancuhan sebati.

▶️ Tuangkan bancuhan kedalam roti yang telah dicarikkan tadi. Dan ready untuk masukkan ke dalam loyang.

▶️ Taburkan kismis diatas roti. Masukkan dalam loyang aif fryer dan masak dalam 8 minit pada suhu 170C.

▶️ Bila dah masak, Keluarkan dan potong.

▶️ Tuangkan sos kastard diatasnya. Siap untuk dimakan.
BACA JUGA: Resepi Ikan Goreng Sambal Yang Cukup Menyelerakan. Mudah Je Cara Buatnya, Anda Wajib Cuba!
Mudah je kan. Sos kastard tu pun masak sekejap je dengan api sederhana. Sementara tunggu puding roti masak boleh buat sos kastard dulu.

Kalau tak ada air fryer, dan nak guna oven boleh bakar dengan suhu 180C selama 30 minit atau sehingga masak. Mudahkan. Beliau siap tinggalkan tips lagi.
Semua orang boleh buat puding roti ini dirumah dengan menggunakan resepi ini. Semoga resepi puding roti dan sos kastard ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!