Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Ikan Siakap Stim Ala Thai. Rasa Persis Macam Kedai Thailand Tau!

Ikan siakap steam
0 4,697

Kalau suka masakan Thai, sudah pasti biasa makan Ikan Siakap Stim Ala Thai ni kan? Kalau tidak tomyam, ikan siakap 3 rasa atau pun ikan siakap stim. Hanya tu je lah yang ekna dengan selera dan sesuai untuk makan malam.

Tak pernah terfikir pun sebelum ni nak hasilkan rasa ikan siakap yang sedap ala kedai Thai. Sebelum ni kalau nak makan, memang akan makan di kedai sahaja. Rasa lebih sedap dan confirm jadi. Makan pun bertambah.

Tapi sejak PKP yang berlangsung baru-baru ni, menyebabkan kedai banyak tak buka untuk beroperasi. Selain itu, nak keluar bawa anak-anak tu rasa macam belum cukup selamat lagi. Di tambah pula dengan pelbagai resepi yang dikongsikan di media sosial ada banyak.

Apa lagi yang boleh dibuat melainkan belajar memasak masakan yang sedap dan awesome ni. Kalau masakan Thai, memang terkenal dengan masam dan pedas dia. Gabungan dua rasa ni memang padu!

Salah satu resepi yang boleh kita cuba ialah Ikan Siakap Stim Ala Thai ni. Resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Zurina Zulkefli ni boleh buat kita ralut makan sampai habis licin pinggan.

 

RESEPI IKAN SIAKAP STIM ALA THAI

Selain menggunakan ikan siakap, boleh juga gunakan ikan lain yang korang ada. Baik ikan kembung, ikan jenahak atau ikan bawal. Semuanya boleh digunakan walaupun mempunyai rasa yang sedikit berbeza.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 ekor ikan siakap
  • 2 biji limau nipis
  • 1 batang serai
  • 5 hirisan halia
  • 3 tangkai cili padi merah
  • 3 tangkai cili padi hijau
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 batang daun ketumbar
  • ½ kiub pati ayam
  • 4 sudu besar Sos ikan
  • 1 sudu kecil gula

CARA PENYEDIAAN IKAN SIAKAP STIM ALA THAI :

▶ Mula-mula sekali, bersihkan ikan siakap dan hiris atau kelar badannya.

▶ Masukkan hirisan halia dan serai ke dalam perut ikan.

▶ Perahkan jus limau nipis ke atas ikan untuk menghilangkan bau hanyir ikan.

▶ Kukus ikan dalam periuk kukus selama 5 minit dan biarkan seketika pada api perlahan.

▶ Untuk bahagian kuahnya pula, cincang bawang putih secara kasar.

▶ Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga bertukar menjadi kekuningan dan rangup. Kerangupan bawang putih ni, boleh menaikkan aroma ikan siakap stim kita nanti.

▶ Padamkan api, masukkan sedikit air suam, kiub pati ayam, sos ikan, gula, cili padi merah dan hijau, lebihan serai serta perahan jus limau.

▶ Kacau sebati semua bahan. Tuangkan ke atas ikan siakap yang kita dah kukus sekejap tadi.

▶ Akhir sekali, taburkan dengan daun ketumbar.

▶ Kukus lebih kurang 5 minit lagi dengan api yang besar.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

 

BACA JUGA: Buat Jejari Roti Rangup Ni Untuk Anak-Anak. Sesuai Buat Hidangan Minum Petang!

 

Ikan siakap stim ala Thai ni, sedap sekiranya dihidangkan bersama telur dadar, sambal belacan dan juga sayur kangkung belacan atau kalian ikan masin. Gabungan beberapa lauk ni dengan siakap stim ni memang sangat awesome!

Sesekali nak buat masakan Thai macam makan di kedai boleh follow resepi yang saya kongsikan ni. InsyaAllah sekali buat je pun boleh terus menjadi tau. silap haribulan anak-anak makan semua bertambah!

Jika ada anak kecil, boleh kurangkan penggunaan cili padi untuk elakkan rasa pedas berlebihan. Jika korang rasa perkongsian Ikan Siakap Stim Ala Thai ni berguna dan memberi manfaat, bolehlah cuba. Saya ucapkan selamat mencuba semua!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open