Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Ajar Buat Coney Dog Ala A&W, Perkongsian Ini Dapat 28 Ribu Share!

Roti sosej coney
0 4,710

Waaah! Bukan biasa-biasa ye bila kita kongsikan resepi dekat media sosial ni. Kagum betul tengok brader kita ni kongsikan resepi Coney Dog Ala A&W. Ramai yang minat rupanya.

Tidak hanya yang dewasa, anak-anak pun antara yang suka betul makan coney dog ni. Pantang di bawa ke restoran makanan segera, laju je orderkan coney dog ni.

Disebabkan hal itu, Tuan Fakhrul Aiman ni nekad nak kongsikan macam mana nak buat Coney Dog ala A&W ni kepada semua sahabat di media sosial.

Rata-rata dalam komen yang disiarkan, ramai yang telah mencuba dengan hanya follow resepi yang diajar oleh beliau, berjaha hasilkan coney dog tersebut. Sudah tentulah orang yang paling adalah golongan anak-anak.

Kepada korang yang tak pernah tahu pun macam mana rasa Coney Dog ni, bolehlah cuba ikut resepi yang saya kongsikan ni. Simpan juga supaya mudah nak scroll semula nanti.

 

RESEPI CONEY DOG ALA A&W

Bahan inti yang dihasilkan ni, akan menghasilkan lebih kurang 12-14 coney dig bergantung kepada kuantiti inti yang diletakkan bagi setiap roti. Namun, tidak perlu risau kerana bahan intinya ini multipurpose. Sedao dimakan dengan spaghetti, nasi goreng dan sebagainya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Roti sosej
  • Sosej
  • Daging kisar lembu
  • 1 biji bawang holland
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato
  • 5 biji cendawan butang
  • 2 sudu serbuk cili
  • 2 sudu sos tomato
  • 2 sudu serbuk jintan manis
  • 1 sudu serbuk kari
  • 1 sudu serbuk lada hitam

CARA PENYEDIAAN CONEY DOG ALA A&W :

▶ Mula-mula sekali, potont dan cincang separuh biji bawang holland, bawang putih, tomato dan juga cendawan. Tomato boleh rebus terlebih dahulu seketika

▶ Kemudian basuh daging kisar. Gaulkan dengan tepung gandum dan bilas dan sejat daging kisar untuk buang airnya.

▶ Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang kita cincang tadi sampai naik bau.

▶ Bila dah sedikit layu, masukkan daging kisar tadi.

▶ Kacau bagi sekata dan daging masak. Seterusnya, masukkan serbuk cili, sos tomato, serbuk jintan manis, serbuk kari dan serbuk lada hitam. Tambah 1 cawan air dan kacau sebati.

▶ Biarkan kuah masak dulu dan mendidih.

▶ Perasakan dengan garam, gula dan perasa makanan jika ada.

▶ Kacau sampai masak. jangan bagi kuahnya terlalu kering. Bila semua dah masak boleh padamkan api. Biarkan sejuk seketika.

▶ Sementara tu, sediakan pengukus untuk kita kukus roti sosej dan juga sosej yang kita gunakan. Nak guna brand apa pun boleh. Jangan lupa kelar2 sedikit sosej supaya bahagian dalam masak sekata

▶ Kukus roti dalam 1-2 minit, manakaal kukus sosej dalam 5 minit lebih kurang.

▶ Bahan inti dah siap, roti dan sosej selesai dikukus. Jom kita hidangkan.

▶ Ambil roti sosej, letakkan sosej di tengahnya. Curahkan inti daging yang kita buat tadi. letak sebanyak mana yang kita mahukan. Akhir sekali, taburkan dengan bawang holland yang kita potong dadu.

▶ Siap dan sedia dihidangkan!

 

BACA JUGA: Rahsia Buat Sotong Goreng Rangup Pakai Tepung Gandum. Sotong Melekat Elok Jer!

 

Wah! Bukan main lagi nampak berselera betul coney dog ala A&W ni. Sesekali ank makan makanan yang ringan tapi mengenyangkan boleh lah cuba. Sesuai nak buat makan malam atau buat makan santai-santai macam makan burger.

Seronok bila ada yang kongsikan resepi atau cara nak buat ala-ala dengan makanan yang kita suka. Sekali buat je, ikut resepi ni terus menjadi tau.

Kepada yang mencuba, boleh follow je.Buat banyak-banyak dan hidangkan kepada anak-anak. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada korang semua.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open