Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Pulut Kuning Yang Lembut Dan Lemak. Boleh Dijadikan Kek Hari Jadi Buat Yang Tersayang. Wajib Cuba!

0 2,919

Resepi pulut kuning sangat popular dikalangan rakyat malaysia. Pulut kuning dizaman moden ini telah digunakan untuk sambutan ulang tahun. Yang mana, pulut kuning yang siap dimasak akan dihias untuk dijadikan kek hari jadi.

Pulut kuning merupakan sejenis sajian istimewa bagi orang-orang Melayu. Ia merupakan pulut yang dimasak dengan sedikit serbuk kunyit sebagai pewarna. Tekstur pulut kuning sangat lembut dan berlemak disebabkan penggunaan santan.

Biasanya ia dimakan dengan gulai, rendang ayam atau daging pada majlis keramaian, seperti hari perkahwinan, kenduri kesyukuran, dan lain-lain hari yang istimewa. Kalau zaman dulu pulut kuning dimasak untuk buat penyembahan, dan ianya dimakan bersama telur rebus. Tapi kini tidak lagi.

Hari ini, pulut kuning boleh didapati sebagai sajian sarapan pagi, dan dimakan dengan rendang ayam atau rendang daging. Resepi pulut kuning kali ini dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Kay Catleyya.

Menurut beliau, hidangan pulut kuning ini adalah buat seorang sahabat officenya yang akan menyambut ulang tahun. Dan memandangkan sahabatnya amat gemar dengan pulut kuning, beliaupun menyiapkan kek pulut kuning yang siap dideco untuk dibawah ke office.

 

RESEPI PULUT KUNING

Sekali sekala bila kita terasa nak makan pulut kuning dengan rendang, tak berbaloi untuk buat tempahan. Lebih baik buat sendiri. Sebab cara penyediaanya juga tidaklah remeh. Jom kita follow cara penyediaan pulut kuning.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 kg Beras pulut
  • 1 Keping asam
  • Pewarna kuning
  • Garam – Secukup rasa
  • Gula – Secukupnya
  • 400g Santan pekat
  • 1-2 Helai daun pandan
  • Air – Untuk mengukus

CARA PENYEDIAAN PULUT KUNING : 

▶️ Mula-mula basuh bersih beras pulut sampai air kelihatan jernih.

▶️ Masukkan pewarna kuning dan sekeping asam. Rendam beberapa jam (1 jam pun sudah memadai).

▶️ Panaskan air untuk mengukus pulut kuning. Masuk 1-2 helai daun pandan dalam periuk pengukus (untuk wangikan masakan).

▶️ Toskan pulut kuning yang telah direndam tadi dan kukus selama 30 minit.

▶️ Dalam masa yang sama, larutkan garam dan gula dalam santan pekat. Panaskan sekejap untuk larutkan garam dan gula sahaja. Jangan biar sampai medidih.

▶️ Kemudian angkat pulut kuning yang telah dikukus 30 minit tadi, gaulkan pula bersama santan yang telah dilarutkan garam dan gula. Kacau bagi rata.

▶️ Kukus semula pulut kuning yang sudah dicampurkan santan lebih kurang dalam 20 minit.

▶️ Sedia untuk dihias.

 

BACA JUGA: Resepi Sambal Bilis Belimbing Buluh Yang Paling Mudah. Sangat Sedap Dan Pasti Menyelerakan!

 

Wah! Senang je kan masak pulut kuning ni. Yang pandai deco mesti suka bila dapat buat kek pulut kuning. Kebiasaannya, pulut kuning akan dideco dengan menggunakan telur rebus. Ianya nampak lebih menarik.

Sekali sekala tukar resepi kek kepada kek pulut kuning lebih baik. Boleh kurangkan makan makanan yang manis. Betul tak? Rasanya, ada juga yang menjadikan pulut kuning sebagai hidangan dipagi raya. Ianya amat sesuai dihidangkan bersama rendang buat tetamu yang datang.

Ada juga yang makan pulut kuning ini bersama serunding contohnya serunding ikan, ayam dan juga daging. Sedap tau. Ok lah, harap-harap resepi pulut kuning ini disukai ramai dan dapat memberi manfaat kepada kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open