Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Nasi Goreng Sambal Belacan Yang Simple Dan Sedap. Boleh Dijadikan Menu Sarapan Pagi Anda!
Nak makan apa sarapan nanti? Nasi putih lebihan makan semalam ada tak? Jom cuba masak resepi nasi goreng sambal belacan yang ringkas dan cukup menyelerakan ini. Pasti seronok seisi rumah anda. Yang simple ni lah yang sedap tau!
Lebihan nasi boleh dipelbagaikan masaknya. Boleh dijadikan nasi goreng, apam nasi dan macam-macam lagi. Sayang kalau dibiar dan basi begitu saja. Yang gemar dengan nasi goreng belecan boleh follow resepi ini.
Bahan yang digunakan dalam resepi ini cuma memerlukan bahan asas memasak didapur sahaja. Nasi goreng ini juga boleh dicampur dengan ayam, udang, sotong ataupun fish cake.
Siapa kata masak campak-campak tak sedap? Ha! Jom kita ikuti resepi nasi goreng sambal belacan yang dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Cik Puan Sarah.
Nasi goreng boleh dimasak pelbagai cara. Dan boleh juga dimasak dengan pelbagai rasa. Contohnya nasi goreng cina, kampung dan macam-macam lagi. Tapi kali ini, mari kita ikuti resepi nasi goreng sambal belacan versi cik puan sarah pula.
RESEPI NASI GORENG SAMBAL BELACAN
Namanya nasi goreng sambal belacan, jadi bahan utama yang digunakan selain nasi ialah sambal belacan. Macam mana nak masak resepi simple ni? Jom follow cara penyediaan dibawah ini.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- Bawang putih (dihiris nipis)
- Bawang merah (dihiris nipis)
- Kobis
- Nasi sejuk
- Telur
- Sambal belacan
CARA PENYEDIAAN NASI GORENG SAMBAL BELACAN :
▶️ Panaskan minyak, pecahkan telur dan kacau-kacau telur. Angkat dan ketepikan dulu.
▶️ Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris tadi.
▶️ Masukkan ikan bilis dan goreng sekejap.
▶️ Masukkan nasi dan sambal belacan. Gaul rata.
▶️ Seterusnya, masukkan telur tadi dan lengkapkan dengan secukup rasa.
▶️ Masukkan sayur kubis dan kacau sampai sayur layu.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA: Resepi Mango Float Homemade Yang Cair Dimulut Dan Super Sedap. Ala-Ala Ice Cream Gitu!
Nasi goreng yang cukup simple, tapi sangat-sangat menyelerakan. Tak ada ayam, sotong dan udang pun tak apa. Pecahkan telur dah cukup sedap. Nak makan waktu malam pun tak apa, manalah tahu bosan nak makan nasi berlauk.
Biasanya kalau duduk sorang, masak macam ni pun dah cukup. Masak berlauk takut membazir je bila tak habis. Masak nasi lebih waktu malam, pagi-pagi nanti dah boleh buat nasi goreng sambal belacan. Seronoknya!
Ok, tak nak sembang panjang lagi. Gunakan resepi yang ada ini untuk rujukan anda. Semoga resepi nasi goreng sambal belacan ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!