Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Laksa Ikan Sardin Viral Ala-Ala Asam Laksa. Fuhhh Sedap Sangat. Patutlah Ramai Yang Suka!
Korang pernah try tak buat laksa guna ikan tin? Ha! Unik kan. Tak payah nak rebus-rebus ikan bagai. Guna je yang dalam tin je senang. Rasanya juga boleh tahan sedap. Jom korang try resepi laksa ikan sardin viral ala-ala asam laksa ni. Sedap sangat! Patutlah ramai yang cuba.
Dulu saya sendiri tak reti nak makan laksa. Sebab tak pernah makan kat tempat saya kot. Tapi bila sekali cuba, auto jatuh cinta dengan laksa ni. Dapat pula kuah pekat! Fuhh, bertambah-tambah dibuatnya tau. Tapi, hari ni nak bagi korang try resepi laksa guna ikan sardin tin pula. Unik!
Tak salah mencuba kan? Bosan juga asyik makan sardin tin dengan nasi putih. Baik korang ubah suai ikan sardin tin tu dan masak laksa macam ni. Korang try dulu, kalau ngam dengan tekak, bolehlah cuba lagi. Ramai juga yang share resepi ni tau!
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Noriza Awang Hamat kerana sudi berkongsi resepi laksa viral ala-ala asam laksa ini di Facebook. Tengok gambar yang beliau share, nampak menarik warna kuahnya. Pekat pulak tu. Bolehlah korang buat hujung-hujung minggu nanti.
Nak makan laksa ni sama je dengan laksa yang biasa korang makan. Kena letak hirisan timun dan telur rebus. Lagi sedap kalau perah limau dan kuahnya di pedaskan. Fuh! Kecur air laur dibuatnya. Tak rugi korang cuba buat laksa viral ni tau.
RESEPI LAKSA IKAN SARDIN VIRAL
Tak payah pegi pasar beli ikan lagi. Pegi kedai runcit je cari sardin tin. Bahan memasak yang lain pun mudah je nak dapat. Kot ada je dalam peti korang. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan-bahan kisar :
- 1 tin ikan sardin, buang sos
- 1 peket pes asam pedas
- 1 keping nenas yang masak ranum
- Sedikit belacan dibakar terlebih dahulu
- Bawang merah
- Lada kering (yang tak nak pedas tak payah letak)
* Semua bahan diatas dibland sehingga halus
Bahan-bahan lain :
- Bunga kantan
- Daun kesum
- Asam keping
- Bebola ikan
- Sedikit garam
- Serbuk secukup rasa
CARA PENYEDIAAN LAKSA IKAN SARDIN VIRAL :
▶️ Masukkan bahan yang diblander kedalam periuk.
▶️ Kemudian, masukkan air. Kepekatan ikut selera masing-masing.
▶️ Masukkan daun kesum, bunga kantan dan asam keping. Biar menggelegak.
▶️ Kemudian masukkan bebola ikan, sedikit garam dan serbuk secukup rasa.
▶️ Ulam-ulam terpulang pada masing-masing.
BACA JUGA : Dengar Nama Penuh Pun Dah Sedap. Inilah Dia Resepi Nona Manis Yang Licin Dan Cantik. Belemak-Lemak Manis Gitu!
Siap untuk dihidang! Makan panas-panas lagi aumm rasanya. Ada je orang yang tak makan laksa dengan perahan limau. Tapi, untuk hilangkan bau ikan tu korang boleh perah dengan limau. Rasanya pun lebih sedap, masam-masam pedas gitu.
Macam-macam resepi ada kat wall Facebook milik Cik Puan Noriza Awang Hamat ni. Next time kita boleh try buat ketupat sotong versi Kelantan. Tak sama warnanya dengan versi Terengganu. Nampak sedap jugak. Bolehlah buat untuk raya haji nanti.
Ribuan terima kasih juga di ucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi laksa ikan sardin viral ala-ala asam laksa ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!