Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Ayam Masak Merah Ala-Ala Kenduri Kahwin. Memang Sedap Dan Pasti Nak Lagi!
Dah masak lauk makan tengahari tak? Jom sama-sama kita cuba resepi ayam masak merah ala-ala kenduri kahwin ni. Sangat simple tapi cukup menyelarakan. Ayam masak merah ni sangat ramai penggemarnya.
Seperti yang kita tahu, pelbagai resepi ayam masak merah yang ada. Masing-masing resepinya ada penggemarnya yang tersendiri. Ayam masak merah ala kenduri biasanya berlemak dan sesuai dimakan dengan nasi minyak.
Resepi ayam masak merah ini boleh dimasak dengan menggoreng ayam terlebih dahulu ataupun tudak. Tekstur ayam juga akan berbeza. Yang digoreng terlebih dahulu akan garing berbanding yang dimasak sekali dengan bahan tumisan.
Penggemar ayam masak merah boleh follow resepinya melalui perkongsian Cik Puan Zurida Hassan difacebook. Dapat juga anda menikmati hidangan ayam masak merah ala kenduri kahwin.
Selain dimakan dengan nasi minyak, ayam masak merah juga enak dimakan dengan nasi putih panas-panas. Ditambah pula dengan lauk tambahan iaitu sayur campur dan telur dadar boleh terangkat dibuatnya!
RESEPI AYAM MASAK MERAH
Resepi ini berlemak sebab dimasak dengan santan. Selain menggunakan santan, anda juga boleh menggantikannya dengan susu cair. Tetap berlemak dan sedap. Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat bahan-bahan memasak yang diperlukan.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1 ekor Ayam
- Santan/ Susu cair
- Garam
- Ajinomoto
- Gula
- Sos cili/ Sos tomato
Bahan kisar :
- 15 tangkai Cili kering (kalau nak kuah banyak lebihkan)
- Bawang Merah
- Bawang putih
- 3 batang Serai
- Halia
- 2 biji Buah tomato
- Cili merah besar
- 3 biji Lengkuas (Optional)
Bahan tumisan :
- 1 batang Serai
- Daun pandan
- 4 sekawan
CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK MERAH :
▶️ Mula-mula ayam digoreng separuh masak dahulu dan ketepikan.
▶️ Pakai minyak goreng ayam tadi dan masukkan bahan tumisan. Tumis sampai naik bau.
▶️ Perasakan dengan garam, ajinomoto dan gula secukupnya. Masukkan awal pun takpe.
▶️ Masak guna api yang perlahan sampai pecah minyak.
▶️ Seterusnya, masukkan santan. Kalau tak suka boleh gantikan dengan susu cair.
▶️ Masukkan sos cili atau sos tomato dan gaul semua bahan tumisan.
▶️ Akhir sekali, masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi. Gaul lagi sampai semuanya sekata.
▶️ Matikan api dan siap untuk dihidang!
BACA JUGA: Musim Durian Dah Tiba! Jom Buat Resepi Kek Durian Yang Gebu Dan Sedap. Confirm Puas Hati!
Semakin banyak penggunaan cili kering, semakin berkuahlah ayam masak merah kita. Mudah, sedap dan pastinya buat anda terpikat. Penggunaan lengkuas juga adalah sebagai pilihan. Boleh dicampur dalam masakan dan boleh juga tidak.
Teksturnya yang masam, manis, berlemak dan pedas sangat membuka selera. Seronok juga makan tengahari dengan lauk pauk macam ni. Pasti ianya menjadi satu hidangan pembuka selera buat anda dan keluarga.
Memandangkan tak tahu bila lagi kita nak ke kenduri kendara, apa kata kita mencubanya secara homemade. Semoga resepi ayam masak merah ala-ala kenduri kahwin ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!