Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Tom Kha Gai Atau Thai Coconut Chicken Soup. Hidangan Thai Yang Sangat Aromatik!

0 62

Resepi tom kha gai sup  atau juga dikenali sebagai chicken coconut sup merupakan hidangan Thai yang sangat aromatik. Menggunakan bahan masakan seperti ayam, cendawan, serai, lengkuas dan cili padi dalam sup kelapa berkrim.

Ianya adalah hidangan Thai yang enak dan pasti menghangatkan anda dengan rasa pedas, masam dan berkrim. Yang pastinya resepi ini bakal menjadi salah satu menu kesukaann ada nanti.

Siapa yang dah pernah cuba pasti dah jatuh cinta. Yang belum pernah cuba resepi ni, apa kata anda follow resepinya disini. Confirm anda puas hati dengan hasilnya. Kalau tomyam berwarna merah, tom kha gai pula berwarna putih.

Yang mana satu menjadi pilihan hati anda? Kedua-kedua hidangan ini mempunyai keenakannya yang tersendiri. Resepi ini menggunakan santan dan kuahnya pekat dan beraroma. Jom ikuti perkongsian resepinya dari Cik Puan Nurul Ateekah.

Terima kasih diucapkan kepada cik puan Ateekah kerana sudi berkongsi resepi ini di Facebook. Yang dah rindu masakan direstoran Thai, boleh sangat cuba resepi ini. Lunas juga craving anda nak makan masakan Thai yang sedap-sedap.

 

RESEPI TOM KHA GAI ATAU THAI COCONUT CHICKEN SOUP

Resepi ini juga hampir sama dengan masakan Thai yang lain. Yang mana ia menggabungkan lauk dan juga sayur-sayuran dalam masakan. Tanpa melengahkan masa lagi, mari kita lihat bahan-bahan memasak yang diperlukan.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 300-400 gram isi ayam(dipotong kecil)
  • 3-4 biji Bawang merah
  • 4 ulas Bawang putih (diketuk)
  • 5cm lengkuas (dihiris)
  • 6 batang cili padi merah (dihiris)
  • 2 batang serai (dipotong serong)
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • 200ml coconut milk/ santan susu
  • 6 helai daun limau purut (dipotong 2)
  • Cendawan (tiram/ cendawan butang/ etc)
  • 2 sudu besar jus limau/ jus lemon
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar gula
  • Daun ketumbar 3 Pokok (dipotong)
  • 1-2 cawan air
  • 1 kiub ayam

CARA PENYEDIAAN TOM KHA GAI ATAU THAI COCONUT CHICKEN SOUP :

▶️ Sediakan periuk, masukkan air, serai, daun limau purut, bawang merah, bawang putih dan akar ketumbar. Masak selama 6 minit.

▶️ Masukkan ayam yang telah di potong kecil dan masak seketika. Kemudian, masukkan tomato, cili padi dan daun ketumbar.

▶️ Masukkan sos ikan, jus limau atau lemon, kiub ayam dan juga gula.

▶️ Seterusnya, masukkan cendawan dan masak sehingga mendidih.

▶️ Masukkan pula susu santan/ coconut milk. Gaul rata masakan.

▶️ Masak seketika dan tutup api. Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Korean Garlic Cheese Bread Yang Simple Dan Sedap. Hanya Menggunakan Roti Burger Sahaja!

 

Makan dengan nasi putih panas-panas boleh terangkat dibuatnya. Ada yang nak cuba resepi ni dengan seafood? Boleh je try, janji kena pandai ejas rasa dalam masakan. Nanti bolehlah share di Facebook.

Kalau dah bosan makan tom yam, boleh tukar selera pada resepi tom kha gai sup ni pula. Perbezaan yang paling ketara dalam resepi ni adalah penggunaan santan dan dimasak tanpa menggunakan paste.

Lepas ni dah boleh cuba pelbagai masakan Thailand yang ada diblog ni. Semoga resepi tom kha gai sup atau chicken coconut sup ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open