Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Fruity Spring Roll Makan Dengan Sos Custard. 100% Natural Colour!

0 85

Sebelum ni buat Vietnamese spring roll. Kali ni kita nak cuba resepi baru pulak. Ni dia resepi fruity spring roll. Memang rare! Takde udang dalam paper rice ni ye. Yang ada hanya buah-buahan kesukaan korang. Jom try buat kat rumah. 

Resepi rare yang kita boleh cuba kat rumah. Fruity spring roll ni sesuai dibuat dessert lepas makan di rumah atau di majlis-majlis. Makan dengan sos custard memang sedap. Tak cukup seketul dibuatnya. 

Resepi fruity spring roll ni jugak mudah je nak buat. Hanya perlu guna beberapa bahan sahaja. Contohnya paper rice, suhun, buah-buahan dan beberapa bahan yang diperlukan untuk penyediaan sos castard. 

Resepi fruity spring roll ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Emma Villa. Teruja pulak dapat buat desert unik macam ni kan. Wajib makan dengan sos custard ye, baru la rasa nikmat sebenar fruity spring roll. 

Warna yang digunakan untuk suhun ni 100% natural colour. Contoh suhun biru dari warna bunga telang, suhun pink dari jus dragon fruit dan suhun purple dari biru tadi dititiskan lemon pulak. Tiada bahan pewarna lain digunakan.

RESEPI FRUITY SPRING ROLL

Hujung minggu ni mesti korang banyak masa kat rumah kan. Jom try buat fruity spring roll ni. Step dan bahan-bahan yang digunakan dalam penyediaaan fruity spring roll ni seperti dibawah.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • Rice paper (Vietnam spring roll)
  • Suhun 
  • Buah-buahan (ikut suka masing-masing)

 

Bahan untuk sos custard : 
  • 1/2 tin susu cair
  • 2 sudu gula
  • 2 sudu tepung kastad
  • Secubit garam

CARA PENYEDIAAN FRUITY SPRING ROLL :

▶️ Mula-mula, rendam rice paper dalam air.

▶️ Kemudian, masukkan suhun dan buah yang korang suka. Gulung dan ketepikan.

▶️ Seterusnya, buat sos custard. Campurkan semua bahan dan panaskan. Kacau dengan whisk sehingga pekat. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Ikan Bakar Kuala Perlis. Pekena Dengan Ulam Dan Cabai Budu Lagi Sedap!

 

Tak kisah nak guna apa saja jenis buah pun boleh. Bila dah siap, masukkan kejap fruity spring roll dalam peti sebelum di makan dengan sos custard. Rasa fresh je tekak makan dessert fruity spring roll ni. Korang wajib cuba. 

Tengok hasil dia memang menarik. Lawa je warna-warna buah dalam tu. Potong buah pun tak kisah ikut korang. Janji buat tak besar dan senang nak gulung dalam paper rice. Nak mudah potong dadu je. 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Emma Villa kerana sudi berkongsi resepi fruity spring roll yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open