Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Korean Garlic Cheese Bread Yang Simple Dan Sedap. Hanya Menggunakan Roti Burger Sahaja!

0 110

Wah! sedap juga kalau dapat makan Korean garlic cheese bread. Rupanya mudah sangat nak buat. Yang sangat suka sarapan pagi dengan roti, wajib cuba resepi ni. Confirm anda puas hati. Makan panas-panas lagi sedap!

Roti yang digunakan adalah roti burger sahaja. Cuma diolah dan diintikan menjadi hidangan Korean yang cukup enak dan dijamin halal. Roti ini juga akan diintikan dengan cheese dan disapu dengan sos garlic yang dibuat sendiri.

Korean garlic cheese bread ini juga perlu dibakar sekejap dalam 10-15 minit. Bayangkan makan roti rangup campur cream cheese yang cair dan panas-panas. Nikmatnya tak tehingga!

Penggemar roti tidak perlu lagi beratur ke bakery atau kedai kek untuk membeli roti ini. Cuma perlu buat secara homemade sahaja dan ikuti resepinya disini. Lebih berbaloi, puas hati dan jimat!

Resepi Korean garlic cheese bread ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Tyra Manan. Resepi ini juga pernah viral di media sosial sehinggakan mendapat 13K share difacebook.

 

RESEPI KOREAN GARLIC CHEESE BREAD

Nak feeling-feeling kat Korea? Bolehlah cuba resepi ni sambil-sambil layan drama Korea. Betul-betul rasa duduk makan kat Korea time tu. Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat satu persatu bahan yang diperlukan dalam penyediaannya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Roti burger bulat

 

Bahan sos garlic :
  • Bawang Putih (dicincang)
  • 100g Butter
  • 2 sudu makan Mayonis
  • 1 biji Telur
  • Parsley

 

Bahan untuk inti :
  • 250g Cream cheese
  • 2 sudu makan Susu pekat

CARA PENYEDIAAN KOREAN GARLIC CHEESE BREAD :
Cara penyediaan sos garlic :

▶️ Cairkan butter dan biarkan sejuk sikit baru campurkan semua bahan sos garlic. Jangan campur masa panas-panas nanti jadi telur goreng pula.

Cara penyediaan inti :

▶️ Mix cheese dengan susu pekat sampai sebati. Kemudian, bolehlah masukkan dalam piping bag.

Cara pipekan cheese :

▶️ Ambik roti burger bulat dan potong 6 bahagian tanpa putus. Kalau nak guna roti sosej pun boleh je dan kena belah-belahkan dan jangan bagi putus juga.

▶️ Pipekan cheese pada celah-celah roti yang dah dibelah.

▶️ Sapu sos garlic tadi dibahagian atas roti.

▶️ Bakar pada suhu 150-160C selama 10-15 minit atau ikut la oven masing-masing.

 

BACA JUGA: Resepi Cendol Homemade Yang Mudah Dan Sedap. Sekali Buat Boleh Habis Terus. Anak-Anak Pun Suka!

 

Mudahkan? Dah siap pun! Kalau nak hidang untuk anak-anak pastikan sejuk dulu tau. Cheese yang dibakar tu panas dia lain macam. Resepi ini antara menu Korea yang mudah, simple dan sememangnya sedap! Nak buat bila-bila masa pun boleh.

Nak tahu? Korean garlic cheese bread ini boleh ditemukan di setiap gerai di street food di kawasan Gangnam Station, Seoul. Ramai yang menjualnya di sana. Tapi, sekarang ni nak rentas negeri pun tak boleh, ni kan pula negara. Jadi, kita buat kat rumah je lah.

Lepas ni kalau rasa nak buat roti, boleh search je resepinya dalam blog ni. Macam-macam resepi roti ada disini. Semoga resepi Korean garlic cheese bread ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open