Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Ikan Bawal Sweet Sour Yang Mudah Dan Sedap. Boleh Menambah Nasi Dibuatnya!

0 14,708

Resepi ikan bawal sweet sour ini sangat mudah dibuat. Senang kata, masak ikan bawal sweet sour ni boleh campak-campak je dah siap. Sesuai dijadikan lauk makan malam dan makan tengahari anda sekeluarga. Sehingga menjilat jari dibuatnya!

Ikan bawal perlu dilumur dengan tepung jagung, garam dan serbuk kunyit sebelum digoreng. Tekstur ikan selepas digoreng sangat garing. Siap menggoreng barulah mula menumis kuah masam manisnya.

Kuah yang siap ditumis akan disiram atas ikan bawal yang sudah digoreng garing tadi. Resepi ini sama seperti cara kita masak ikan siakap 3 rasa. Yang mana ianya juga akan dimasak dengan sayur timun dan juga tomato.

Resepi ikan bawal masak sweet sour ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Hawa Aziz. Anda boleh ikuti resepi perkongsian beliau kalau dah takde idea nak masak apa hari ni.

Masak sweet sour ini juga boleh dipedaskan jika anda suka. Tetapi resepi asal ini hanya menggunakan 1 biji tangkai cili merah sahaja. Sebab masak sweet sour ini telah dicampurkan dengan sos cili. Cukup untuk menaikkan rasa dalam masakan je.

 

RESEPI IKAN BAWAL SWEET SOUR

Masak sweet sour ini bukan sahaja sesuai dimasak dengan ikan bawal, tapi boleh dihidang dengan macam-macam lagi lauk seperti ikan siakap, ayam dan juga seafood. Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita layan resepi ni dulu.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk ikan :
  • 3 ekor Ikan bawal (dicuci bersih)
  • serbuk kunyit
  • Tepung jagung
  • Garam

 

Bahan untuk kuah :
  • 2 biji Bawang merah
  • 5 ulas Bawang putih
  •  1 inci Halia
  • 5 sudu Sos cili
  • 5 sudu Sos tiram
  • 2 sudu Sos tomato
  • 1 tangkal Cili merah
  • Timun
  • Tomato
  • Air

CARA PENYEDIAAN IKAN BAWAL SWEER SOUR :

▶️ Gaulkan ikan dengan serbuk kunyit, garam dan tepung jagung.

▶️ Goreng ikan sehingga garing dan ketepikan.

▶️ Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.

▶️ Kemudian, masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Gaul sebati kesemua bahan dan masukkan air.

▶️ Masukkan timun dan tomato. Dalam resepi ni, takde masukkan tomato sebab tomato dah habis.

▶️ Masukkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan sehingga mendidih.

▶️ Siramkan kuah keatas ikan. Last sekali taburkan carrot dan bawang holland yang dihiris tadi. Dah siap!

 

BACA JUGA: Cara Buat Cucur Kembang Yang Gebu Dan Lemak Manis. Anak-Anak Pun Suka!

 

Siap untuk dihidang! Kalau nak masukkan sayur kacang panjang dan brokoli pun boleh ye. Masak je sayur tu sekali dengan kuah sweet sour. Barulah lengkap satu hidangan dengan sayur dan lauk.

Masak masam manis ini juga ramai penggemarnya. Bila makan ramai-ramai kat kedai, masak masam manis atau 3 rasa pastinya menjadi pilihan ramai. Terutamanya lauk ikan siakap. Walaupun mahal, tetap nak order juga.

Lepas ni kalau nak masak masam manis, boleh je guna ikan bawal ni. Tak kurang sedapnya tau. Semoga resepi ikan bawal sweet sour ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open