Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Roti Bakar Kaya Tambah Mentega Ala-Ala Old Town White Coffee. Cuma Guna 3 Bahan Je!

0 4,976

Ada yang rindu nak makan roti bakar kat Old Town White Coffee? Ha! Jangan bimbang kita follow resepi roti bakar kaya tambah mentega ala-ala Old Town White Coffee kat sini. Memang sedap dan mudah nak buat!

Orang kita ni suka makan roti untuk sarapan pagi, senang nak buat. Roti pun salah satu menu sarapan pagi yang berkhasiat dan memberi tenaga untuk kita. Lebih sesuai di makan waktu pagi sebelum beraktiviti.

Resepi ini menggunakan roti putih gardenia, pure butter jenama anchor dan juga kaya pandan juga brand gardenia. Hanya menggunakan 3 bahan ni je, anda dapat hasilkan roti bakar sesedap Old Town White Coffee.

Sejak pkp ni, tak dapat lagi nak makan kat luar. Old Town White Coffee pun dah lama tak pergi. Jangan bimbang, follow je resepi dari Cik Puan Nur Haziqah ni, pasti anda dapat menyediakan roti bakar ala Old Town White Coffee dirumah.

Bahagian inti roti iaitu kaya dan butter boleh dilebihkan ikut citarasa masing-masing. Kalau nak sama dengan rori kat Old Town White Coffee, anda perlulah membuang bahagian tepi roti. Tapi nak makan pun takde masalah. Kita buat dia kan!

 

RESEPI ROTI BAKAR KAYA TAMBAH MENTEGA ALA-ALA OLD TOWN WHITE COFFEE

Tak nak cakap banyak lagi, dah tak sabar rasanya nak follow resepi ni. Nak buat minum petang pun boleh. Kalau malas nak goreng kuih atau buat adunan kuih, apa kata kita buat roti bakar sedap ni je.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Roti gardenia putih (yang dibuang tepinya)
  • Kaya pandan brand gardenia
  • Butter anchor

CARA PENYEDIAAN ROTI BAKAR KAYA TAMBAH MENTEGA ALA-ALA OLD TOWN COFFEE :

▶️ Mula-mula bakar roti guna toaster. Nak guna oven pun boleh. Jangan bakar sampai garing sangat, bila sejuk roti akan liat.

▶️ Kemudian, potong roti kepada dua bahagian.

▶️ Sapukan kaya pada roti, sapu sebelah saja, kalau dua-dua belah nanti rasanya akan manis.

▶️ Letak butter yang dipotong nipis. Boleh letak tebal-tebal juga. Tapi takut muak nanti.

▶️ Tutup dengan roti. Siap!

 

BACA JUGA: Resepi Kerabu Telur Masin Yang Paling Simple Dan Sedap. Kecur Air Liur Dibuatnya!

 

Siap untuk dihidang! Roti yang nak dibakar tadi, boleh dibakar menggunakan oven ye. So, kalau takde toaster boleh je nak bakar dalam oven. Yang penting roti dah agak keperangan dah cukup. Suhu ikut oven masing-masing.

Bahagian mentega tadi, bukanlah menggunakan teknik sapuan, lebih kepada menghiris mentega dan susun sekeping-sekeping dalam roti. Kalau nak tebal macam resepi ni pun boleh. Ikut cita rasa masing-masing juga.

Yang dah rindu nak makan roti bakar kat Old Town, apa kata follow je resepinya disini. Cuba buat kat roti yang dah nak expired. Confirm laju je habis! Semoga resepi roti bakar kaya tambah mentega ala-ala Old Town White Coffee ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open